Assalamualaikum..
Dah lama sangat mendengar rungutan anak2 minta nk makan cis kek.Bila ada kelapangan kena tunaikan jugaklah permintaan anak2.Alhamdulillah bila siap dan potong, anak2 makan bersungguh.Sekejao jer abes separuh kek dimakan oleh 2 beradik tu.Berbaloi buat hehe.Takpolah sekali sekala kite ternak badan ngan lemak huhu.Sekali dah suap ke mulut lupa terus tang lemak tu kih2..sambil pejam2 mata sambil menikmati...sedar2 abes satu slice..
Okeylah cam biasa, xmo bebel panjang.Jom layan gambar dan resepinya
RESEPI CHEESE CAKE
Sumber : CMG dan Ayunalisa
Sumber : LiNa Pg
BAHAN-BAHANNYA
500 gram cream cheese
50 gram gula halus @ gula kastor
250 ml whipping cream
5 biji telur gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus/gandum/tepung kek
1 camca teh esen vanilla
100 gram gula halus @ gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar
BLUEBERRY filling secukupnya (xletak-LiNa Pg suka yg plain camni)
CARA MEMBUATNYA

Ginilah rupa post mortem cis kek ni...cis kek paling sedap pada saya
Lagi sekeping..lain pose lak hihiii
Sumber : CMG dan Ayunalisa
Sumber : LiNa Pg
500 gram cream cheese
50 gram gula halus @ gula kastor
250 ml whipping cream
5 biji telur gred B, asing kuning dan putih
120 gram tepung halus/gandum/tepung kek
1 camca teh esen vanilla
100 gram gula halus @ gula kastor
1/4 camca teh cream of tartar
BLUEBERRY filling secukupnya (xletak-LiNa Pg suka yg plain camni)
CARA MEMBUATNYA
- Panaskan oven pada suhu 160C, lenser acuan spring-form tin berukuran 9 inci dengan mentega, balut bahagian luar tin dengan aluminium foil. Ketepikan.
- Putar cream cheese dan 50 gram gula halus hingga sebati. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memutar. Masukkan whipping cream dan putar rata.
- Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung halus dan esen vanilla, kacau rata. Ketepikan sebentar.
- Dalam mangkuk adunan yang kering dan bersih, putar putih telur dan cream of tartar hingga berbuih, masukkan gula galus dan terus memutar hingga putih telur kental. Masukkan ke dalam no.3 dan gaul dengan kaedah kaup balik, hingga rata.
- Tuang dalam tin, ratakan.. ayu taburkan almond nibs.. dan bakar selama 1 jam 30 minit dengan kaedah "water-bath", iaitu dengan meletakkan acuan tadi dalam bekas yang lebih besar dan tuang air panas dalam bekas tadi, dalam anggaran 1/2 inci.
- Bila masak biar sekejap dalam oven hingga suam. Kemudian keluarkan dari oven dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam. Keluarkan dari tin dan hias dengan blueberry filling atasnya...