Sunday, December 12, 2010

Daging Masak Bamia

Bamia Daging ni hasil selongkar dapur DJ, memang best digandingkan ngan nasi hujan panas. Sekali tengok cam kari lak bamia daging haku neh, tak serupa la plak ngan DJ nyer, hamtam saja la labu. yang penting rasanya memang sedap kan DJ? Nak tau camana sedapnya kena la cuba sendiri hehehe..DJ minta izin ya cnp resepi. TQ yang..memang mabeles.. 
Bahan-bahan :
  • 400 g daging (dihiris nipis2 dan dibersihkan)
  • 100 ml susu cair(sy gn 1cawan)
  • air secukupnya
  • 1 sudu makan rata serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan rata serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu makan rata serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu makan serbuk kunyit
  • 2 sudu makan serbuk kari daging
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 labu bawang besar (dipotong 4)
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • bendi secukupnya  
  • kentang (sy tambah)
  • Cili merah & hijau (sy tambah)
  • 4 sudu besar sos tomato
  • garam dan sedikit gula
Bahan-bahan kisar:
  • 1 labu bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
Cara-cara :
  1. Gaulkan daging dgn bahan2 kisar dan perapkan selama 30 minit. 
  2. Kesemua serbuk rempah dan cili kisar disatukan di dlm satu bekas dan dibancuh dgn sedikit air utk dijadikan pes.
  3. Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali/periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih hingga wangi. 
  4. Kemudian tumiskan bawang besar hingga sedikit layu. Barulah dimasukkan pes rempah tadi dan juga sos tomato. Kacau dan biarkan ia pecah minyak.
  5. Masukkan daging dan air secukupnya. Masukan kentang tunggu hingga daging  dan kentang empuk
  6. Kemudian masukkan, susu cair, garam dan sedikit gula. Masak lagi hingga kuah kelihatan pekat. Akhir sekali, barulah dimasukkan bendi dan tomato. Setelah bendi masak, tutupkan api dan renihkan sebentar sebelum dihidangkan.

8 comments:

dayang_jack said... Balas

wah! sedapnyaaaa!..dh lm tak masak style gini. Nak tumpang makan leh??...hehe. Anyway, thanks yang. Kte kepenatan dh ni. Just got back from KL Tower.

lina_pg said... Balas

DJ> memang sedap la yang..meh la kite dinner togeder2..tq for da rcp ya

wachak said... Balas

singgah dinner cni bleh sis ... he33

Chik Mimi said... Balas

Assalam Lina,laaaaa pasai apa tak calling2 tadi kalau idak sure dah smpi bawah umah tu

lina_pg said... Balas

wachak> bleh jerr..meh la

lina_pg said... Balas

chik mimi> salam chik mimi,ala menu bese2 je chik mimi..hik3 malu jer nk jemput

misz FaTiN said... Balas

sedap nye nampk.. bilalah fatin nak try ni..hehe

sukahaha said... Balas

sdapnye!!!

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...