Agar-Agar Santan Pandan Tanpa Telur

By LiNa_Pg - Sunday, April 07, 2024

 Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diizinkan kesempatan untuk update blog yang semakin suram ini, tambahan pulak semakin ramai yang sudah berangkat pulang ke kampung untuk menyambut lebaran yang bakal tiba 2-3 hari lagi.Bagaimana persiapan?sudah banyak kuih yang telah disiapkan.Kalau di rumah saya kuih raya dimakan semasa bulan puasa, Agaknya feel makan kuih/biskut raya masa bulan puasa ni lain kot berbanding makan biskut raya semasa hari raya.

Okeylah bagi tetamu/pembaca blog yang masih setia berkunjung ke TMK saya sediakan resepi mudah iaitu agar-agar santan pandan tanpa telur.Boleh juga dijadikan juadah berbuka puasa atau pencuci mulut di hari raya nanti.Agar-agar santan rasanya lite sahaja dan tidak muak dimakan sedap dinikmati sejuk-sejuk nyama terasa anak tekak.Tambahan pulak cuaca panas berdenting.Dapat sesuatu yang sejuk begini memang nikmat.

Keluarga saya sangat suka makan agar-agar santan, tak kiralah agar agar santan gula nisan, agar-agar santan bandung dan macam-macam lagi sebab itulah saya ada banyak koleksi aga-agar santan ada yang guna telur dan ada juga versi 'eggless'.Pernah juga saya buat agar-agar santan kaler magenta.Lain dari yang lain versi magenta ini saya 'laku' di TikTok dan mendapat views yang agak tinggi.Resepi agar agar santan pandan kali ini kita bahagian bawah dia tiada warna atau transparent selalunya bahagian atas bersantan dan bahagian bawah berwarna hijau.Kali ini hasilnya transparent.

Sedap makan sejuk, setakat 2-3 ketul sekali jalan ajer

Agar-Agar Santan Pandan Tanpa Telur
Bahan A
5 helai daun pandan
100ml air
200ml santan pekat

Bahan B
10g agar agar serbuk
800ml air
3/4 cawan gula
3-4 ketul kecil gula batu
Garam

Cara-Cara
  1. Potong daun pandan dan masukkan air ke dalam pengisar.Tapiskan air pandan dan masukkan santan pekat (lina pg guna santan kota sahaja).Kacau sebati dan ketepikan sebentar.
  2. Sediakan periuk, masukkan agar-agar serbuk, gula pasir, gula batu, garam dan air.Masak hingga gula pasir dan gula batu larut.
  3. Setelah gula larut, masukkan campuran santan dan air pandan.Biarkan mendidih sambil kacau supaya tak pecah minyak.Setelah mendidih BESARKAN API, dan biarkan mendidih membuak-buak supaya santan akan naik ke atas.Ini TIPS PENTING supaya agar-agar berlapis.Apabila kelihatan adunan hampir melimpah dari periuk kacau-kacau dan kecilkan api supaya tidak melimpah keluar.Kemudian ulang proses biarkan adunan membuak-buak 2-3x.InsyaaAllah agar-agar kana menjadi berlapis.Tutup api
  4. Sediakan loyang 7x7in tapis dan tuang agar-agar ke dalam loyang.Tips untuk senang keluarkan agar-agar dari loyang ialah basahkan loyang dengan air sebelum tuan adunan tadi.
  5. Biarkan agar-agar sejuk terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam peti ais.Biarkan agar-agar set selama 4-5jam.Setelah agar agar keras, potong mengikut kreativiti masing-masing.
Note:
Fungsi gula batu ialah supaya agar-agar kurang berair setelah dipotong.Sekarang cuaca panas agar-agar cepat berair.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments