Assalamualaikum...
Mesti ramai yang bizi berkemas untuk pulang ke kampung atau pun ada yang sudah pun berada di samping keluarga tersayang di kampung masing-masing.Bagi yang ingin memulakan perjalanan balik kampung, hati-hati memandu dan ingatlah orang tersayang.Bagi mereka yang belum lagi balik kampung dan masih menjalani rutin harian di tempat masing-masing dan masih sudi membaca blog TMK ini saya ucapkan terima kasih.
Okey hari ini saya nak kongsikan satu resepi lauk yang sangat mudah.Di hujung ramadan selalunya saya lebih suka lauk lauk kering (kurang berkuah/tidak berkuah)mungkin faktor usia agaknya haha..Lauk kering makan dengan nasi panas lebih membuka selera berbanding lauk berkuah berladung.Selera masing-masing la kan?Bagi yang sama dengan selera saya, bolehlan mencuba ayam masak black pepper atua lebih tepat lagi ayam goreng black pepper sebab ianya tidak berkuah sekadar ada salutan siket je pada ayam.Resepi pun mudah sahaja dan tidak banyak bahan.
- Perasakan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
- Panaskan minyak goreng ayam hingga masak.Kali ini saya tak keluarkan ayam dari kuali, tolak ayam ke tepi sedikit dan keluarkan lebihan minyak.Tinggal sedikit sekadar untuk menumis.
- Tumis bahan tumbuk hingga garing, gaul bahan tumis dengan ayam.Masukkan sos lada hitam sos cili dan serbuk pati ayam, gaul rata dan masukkan sedikit air.Gaul sebentar kemudian renjis kicap lemak manis sekadar nak naikkan seri/cantikkan warna ayam masak lada hitam.
- Masukkan bawang holland, cili padi dan cili merah.Kacau sebentar hingga bawang sedikit layu.Akhir sekali masukkan daun bawang/daun ketumbar untuk hiasan.Siap!
2 comments
Nampak sedapnyer
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa
Takde idea dah nak masak penghujung Ramadan ni. Boleh la buat resipi ni. Terima kasih share ☺️
ReplyDelete