Kuih Sagu Gula Melaka | Tips sagu jernih dengan cara cepat

By LiNa_Pg - Friday, April 05, 2024

 Assalamualaikum...

Dah ada idea juadah pemanis mulut untuk berbuka petang ini?Kalau belum terfikir lagi nak buat apa, jom buat kuih sagu gula melaka.Resepi kuih sagu memang ramai yang tahu, saya cuma nak kongsikan tips untuk mendapatkan hasil sagu jernih sebiji-sebiji dengan cara menjimatkan gas dan menjimatkan masa.Tak perlu rebus lama-lama tetapi hasilnya memang puas hati.Untuk resepi boleh olah ikut kreativiti masing-masing ambil tips atau petua sahaja.

Puding sagu gula melaka bila makan sejuk-sejuk memang sungguh nikmat, rasa lemak-lemak dari santan atau susu cair bergabung pula dengan sirap gula melaka yang manis tu memang nyaman anak tekak bila menikmati semasa berbuka puasa.Kebetulan kat dapur ada cendol yang dibeli sepatutnya nak buat benda lain tapu asyik tertangguh je, kita makan bersama puding sagu je la...habis juga cendol tu dari lama tersadai dalam peti ais.

Nampak menarik pulak bila letak cendol dalam kuih sagu ni...

Kuih Sagu Gula Melaka
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Sirap Gula Melaka)
1 keping gula nisan/gula melaka
1 sb gula pasir
1 helai daun pandan
Air secukupnya (bergantung kepekatan yang disukai)
garam

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan ke dalam periuk kecil, masak hingga gula larut.Keluarkan daun pandan dan tapiskan sirap gula melaka.Ketepikan dan biarkan sejuk
Bahan B (Sagu)
1 +1/2 cawan sagu (kuantiti sagu tak kisah ya)
2 liter air (air kena banyak)

Bahan C
Cendol (optional)
Susu cair/santan

Cara-Cara
  1. Didihkan air di dalam periuk, masukkan sagu (sagu tak perlu dibasuh).Rebus selama 10min sambil kacau sekali sekala supaya sagu tidak melekat di dasar periuk.Seeloknya guna periuk/kuali yang non stick.
  2. Selepas 10min sagu kelihatan hampir jernih tetapi masih ada bahagian tengah yang kelihatan putih-putih (belum jernih sepenuhnya)
  3. TUTUP API DAPUR dan Tutup periuk.Kalau guna periuk biasa pastikan wap dari periuk tidak keluar.Boleh tekan dengan lesung atau apa-apa pemberat.
  4. Set timer selama 25min.InsyaaAllah sagu akan jernih dengan wap panas dalam periuk.Tetapi untuk saya cuma ambil masa 10min sahaja sagu telah jernih sepenuhnya.Ianya bergantung kepada jenis periuk yang digunakan.Saya guna periuk yang agak tebal dan tertutup rapat.
  5. Tuang sagu ke dalam penapis dan alirkan dengan air paip untuk buang kanji.Bilas hingga kanji hilang dan sagu kelihatan sebiji-sebiji.
  6. Bahagikan sagu kepada 2 bahagian dan letak pewarna kegemaran masing-masing.Kacau sebati supaya warna sekata.
  7. Cara menghidang sediakna mangkuk kecil tuang sirap gula melaka, letakkan sagu dan cendol.Akhir sekali tuang susu cair.Sejukkan terlebih dahulu dan sagu gula melaka sedia dnikmati.Selamat Mencuba.Untuk video tutorial tonton di YouTube Malina Lina Pg

  • Share:

You Might Also Like

0 comments