salam...
selamat petang suma...dah selesai minum petang ke suma?Kami ari ni minum petang ngan kuih lopes ni. Pestaim saya wat kuih ni..terajin lak nak ngukus hehehe..yang lawaknya kapur makan pun tak kenal..my laling gi beli kapur sireh..dh suspen betul ke kapur ni yg org guna..calling2 bonda kat kampung mmg betul la kapur tu org gunakan dalam masakan..
Semangat berkobar2 nak melopes ni..tengok resepi seimbas lalu kena rendam beras pulut dulu. Apa lagi malam tadi terus rendam beras pulut.Dalam paler..kalau rendam lagi lama mesti lagi lembut n sedap.Pastu bagi tadi baru teringat ada menda nak kena setel pagi ni..aisey terbantut la projek melopes..Memandangkan beras dan rendam, terpaksa ON jugak lah..Amek la resepi n baca..alamak..rupanya beras pulut tu kena rendam ngan pewarna ijo n air kapur la pulakk...Aisey camana bleh tak perasan. calit la kapur n boh pewarna ijo sket..rendam sat sajalah sementara tunggu air kukusan mendidih..walaupun agak huru hara sket tapi kuih lopes ni mmg sedap.
Jom makan kuih lopes desquerra ni..sedap..
Kuih Lopes
Sumber: myresepi Tulip77
Sumber II: kak rosaliza
Bahan-Bahan
- 2 cawan beras pulut
- 2 cawan santan cair
- 1/2 cawan air pandan (dikisar)(sy gn 1sk pndn emulco)
- 1 st air kapur
- 1/2 st garam
- beberapa titik pewarna hijau
- kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam (sy kukus skjp kelapa parut)
- *** air gula ***
- 3 ketul gula melaka(sg gn 1ketoi gula nipah)
- 5 sb gula
- 3 cawan air
Cara-cara
- Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
- Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
- Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
- *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.
sebelum dipotong2..sy lapik ngan plastik..pastu tekan2 ngan spatula plastik
nyoq parut gaul ngan sedikit garam..kukus sat..
dan hasilnya..