Cabai Picit Air Asam Utara (terharu sungguh bila penyanyi no.1 komen di IG)
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di pagi Jumaat, sekejap sahaja dan seminggu kita berpuasa.Walaupun puasa tahun ini agak mencabar, cuaca panas terik dan ada setengah tempat mengalami ribut yang agak kuat.Semoga mereka yang terlibat tetap tabah dan sabar.
Hari ni nak kongsikan satu resepi paling sempoi tapi boleh menambah-nambah nasi.Cabai picit menu express, bila dah buat kena terus makan dan habiskan, sejenis menu yang tak boleh simpan dari berbuka membawa ke sahur dan orang tak simpan buat stok tau..memang sekali jalan kena habiskan.kalau nak makan lagi, kena buat sekali lagi yang fresh baru sedap.Lagipun resepi cabai picit paling senang cabai/cili padi tu cuma picit-picit atau patahkan sahaja.Kalau orang Kelantan guna istilah 'kenyek' bermaksud lenyek sedikit tidak terlalu hancur.Cili/cabai tu masih nampak tektur cili.Selain cili, kita guna sedikit belacan (belacan ni lagi sedap kalau bakar sedikit barulah bangkit aromanya.Lepas asam jawa tu guna yang ada biji yang old skool tu, kalau boleh jangan guna yang pes.Dan kalau menurut saya cabai picit utara tidak dimasukkan bawang hiris atau tomato.Bahan cuma sedakar cabai/cili padi, belacan,asam jawa, garam,sedikit sahaja perasa dan air suam.Kalau yang ada hirisan bawang,tomato dan kerisik itu air asam untuk cicah dengan kerang atau ikan bakar.Cabai picit ni memang sangat simple.Sebagai pelengkap hidangan cabai picit dimakan bersama ikan kembung bakar atau rebus.Manakala ulam pula selalunya ada terung bakar dan ulaman sampingan yang lain cuma watak tambahan iaitu bendi celur dan lain-lain (contohnya petai, pucuk ubi dan sebagainya).Bagi saya makan cabai picit dan nasi panas sahaja pun dah mencukupi ini pun dah berselera.Kalau nak gandingkan lauk, lebih sedap dengan lauk kering seperti ikan goreng atau apa sahaja yang goreng-goreng.Memang mantap
- Satukan cili padi, asam jawa,belacan, garam dan perasa.Kemudian tuang air suam sambil picit dan gaul rata semua bahan.Kuantiti air bergantung kepada kepekatan air asam yang disukai.
- Kemudian perah jus limau nipis.Seimbang rasa kena ada rasa pedas masam masin seimbang.
- Letak isi ikan ke dalam air asam.Lina pg hancurkan sekeping isi ikan ke dalam air asam dan letakkan ulaman.Cabai Picit Utara sedia dinikmati.