First Time Makan King Crab

By LiNa_Pg - Wednesday, March 22, 2023

 Assalamualaikum...

Sementara masih rajin menulis ni kita update resepi seterusnya (walaupun menu yang dah basi)resepi king crab ni saya buat masa bulan Nov 2022 lagi.Agak lama jugak la teringin nak merasa king crab, bila tengok harganya yang agak mahal fikir 2-3x jugak la, tapi orang kata nak makan jangan berkira sangat, jadilah kan buat ngaso-ngaso lagi pun beli yang mentah, balik masak sendiri.Oh rupanya ada yang seakan king crab, dengan rupa paras yang seakan king crab dipanggil snow crab, saiznya agak kecil dan harganya pun cuma puluhan ringgit berbanding king crab harganya cecah ratusan ringgit bergantung berat produk tersebut.

King Crab ni saya cuma stim sahaja dan cicah bersama sos ala thai

ini rupa sos ala thai, saya buat ala-ala pencicah daging bakar danok tapi tak masukkan beras sangai
yang ni snow crab...snow tak ada duri-duri tajam kat atas cengkerang dia..ni gambar adik saya masak, saya beli 4 ekor dan bagi kat adik-adik seketoi sorang..dan kami punya 2 ekor.Masa masak tu malas pulak nak snap sebab cara masak sama juga dengan KC cumanya sos saya buat creamy sos

Stim King Crab dan sos pencicah ala thai
by malina lina pg
bahan-bahan
King Crab atau snow crab

cara-cara
  1. Bersihkan king crab/snow crab (lina pg berus-berus jer cengkerang dan bahagian bawah badan ketam dan celah-celah 'tangan' dia.
  2. Kukus hingga masak.Ketepikan
Bahan Sos
3 biji cili padi (bergantung kepedasan masing-masing)
3 ulas bawang putih
1 pokok ketumbar (simpan sedikit untuk tabur)
2 sb sos tiram
1 sb sos ikan
1 sk gula merah
2 biji limau nipis/secukup masam (ambil jus)
cili flakes
sedikit hirisan daun ketumbar (hiasan)

Cara-Cara
  1. Satukan cili padi, bawang putih dan daun ketumbar(sekali dengan akar) kisar kasar/chopp/tumbuk.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan sos tiram, sos ikan, gula merah, jus limau nipis dan cili flakes.Akhir sekali masukkan sedikit hirisan daun ketumbar untuk hiasan.Gaul sebati dan sedia untuk dinikmati.
  3. King Crab ni lina pg makan style miang pla pao...iaitu bersama suhun dan daun salad.Cara menikmati terpulang selera masing-masing.
  4. Untuk video tutorial sila tonton di YouTube Malina Lina Pg

  • Share:

You Might Also Like

0 comments