Tuesday, August 31, 2021

Asam Rebus Telur Lauk Simple Makan Time Hujan Ni Memang Sedap

 Assalamualaikum...

Selamat menyambut hari Kebangsaan dan selamat bercuti buat semua.Stay at home ya...kita belum menang.Sebentar tadi sempat juga menonton sambutan hari kebangsaan walaupun secara sederhana tapi semangat patriotik tetap membara.Sayangi Malaysiaku.Malaysia Prihatin.

Okey berbalik kepada tajuk n3 kita hari ini (panjang betul tajuk tu hahaa)Asam rebus telur ni dah lama saya buat rasanya dah masuk 2 bulan.Gitulah lina pg ni kan, masak dan buat video dia rajin siket.Edit dan update youtube tu insyaaAllah setiap minggu ada jer video terbaru.Tapi nak menulis dalam blog mulalah tak tau nak karang apa..

Alang-alang cuti hari ini dan meja laptop tak de sapa nak conque kita buat n3 simple.Resepi asam rebus telur ni sangat mudah tapi cukup menyelerakan tambahan pula kalau makan dengan lauk goreng-goreng (ikan goreng, ikan masin dan sewaktu dengannya) memang ngam teruk la tu.Saya ni kadang-kadang masak pun main shortcut jer.Dah la asam rebus ni simple, masuk sekali dengan bendi haaa kan dah selesai tu lauk dan sayur dalam satu periuk hehee...Untuk dak sarah buat la ayam goreng.Selesai lauk lunch.Hirup kuah yang pedas-pedas manja dan masam-masam kat hujung-hujung tu memang laju la tambah nasi.Okey jom kita semak resepi asam rebus telur bersama bendi

asam rebus telur, resepi asam rebus, asam rebus bendi, telur nak masak apa, resepi telur simple dan sedap, asam pedas utara, resepi telur mudah dan sedap, lauk ringkas,resepi asam rebus bendi linapg,
Walaupun simple jer tapi cukup menyelerakan

ASAM REBUS TELUR
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 4 biji telur
  • 10 biji bendi
  • 2 biji tomato
  • 5 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1/2 cm kunyit (tumbuk)
  • 3 biji cili padi merah
  • 3 biji cili merah-buang biji (tumbuk)
  • 1 batang serai (titik/ketuk)
  • 2 asam keping
  • garam
  • serbuk kunyit (jika perlu)
  • 1/2 kiub ikan bilis / perasa
  • air secukupnya (anggaran 1 liter)
Cara-Cara
  1. Masukkan bahan tumbuk ke dalam periuk, masukkan 1 cawan air dan masukkan sedikit serbuk kunyit (jika perlu), serai yang telah diketuk dan asam keping.Reneh hingga mendidih (lebih kurang 3 minit)Tujuan supaya hilangkan pijar cili dan elakkan sakit perut.
  2. Masukkan air ~800ml, garam dan 1/2 kiub ikan bilis.Biarkan hingga kuah naik wap (belum mendidih tapi kellihatan buih kecil tepi periuk)
  3. Pecahkan telur datu persatu ke dalam kuah.Biarkan telur selama 1-2min supaya telur set sedikit (beku sedikit)
  4. Masukkan kacang bendi dan tutup periuk selama 1-2min hingga bendi lembut sedikit tapi masih rangup.
  5. Akhir sekali masukkan buah tomato dan terus tutup api.Selamat mencuba

Monday, August 23, 2021

Terima Kasih Wanita Hari Ini TV3

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran di blog kesayanganku ini.Apa khabar semua pembaca tersayang?Walaupun tuan rumah asyik tenggelam timbul, tetapi masih ada pengunjung setia ke blog usang ni.Terima kasih semua.

Walaupun cerita ini agak basi, sebab dah lebih 2 minggu lalu.Tapi tak kira nak post juga dalam blog ini, simpan kenangan untuk anak cucu.

Terlakar sejarah tanggal 3hb Ogos 2021, linapg telah bersiaran secara langsung dalam rancangan Wanita Hari Ini (TV3) berkongsi resepi berasaskan ubi kayu.Ya Allah macam tak percaya pun ada.Tak pernah buat live kat IG/FB terus-terus buat live dalam TV.Semuanya berlaku sangat pantas macam mimpi pun ada.Kalau sebelum ni nak masuk TV mestilah shoot dulu baru program tu keluar dalam TV kan?Bila siaran langsung maknanya hari yang sama live kat TV.

Lebih kurang 4-5 hari sebelum tu saya dihubungi oleh produser program wanita hari ini untuk minta persetujuan saya menjadi tetamu WHI pada hari Selasa minggu berikutnya (3/8/2021) Dalam rasa teruja dengan tawaran tersebut, hati tetap berdebar-debar mampu ke ni buat live...Bila tanya pendapat suami, katanya insyaaAllah boleh.Saya terus setuju untuk menjadi tetamu WHI.Kita mudahkan urusan orang lain, insyaaAllah Allah akan permudahkan urusan kita.

Setelah dapat briefing dari tuan produser apa yang hendak dilakukan, dan juga berkat doa semua orang (ahli keluarga, kawan2 FB/IG) Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Walaupun ada sedikit masalah teknikal masa siaran langsung tapi itu asam garam dunia penyiaran menurut kata tuan produser.Terima kasih Wanita Hari Ini, produser en.iN, Uyaina dan Sugeetha selaku hos pada hari tersebut dan seluruh wargakerja WHI.Terima kasih sekali lagi

wanita hari ini tv3,
Poster WHI (nama betoi kena cover siket) sebab nama tu mahal arwah ma dan abah yang bagi ada satu ni jer kat dunia ni hehe

Ini gambar ehsan dari kawan-kawan kat FB, terima kasih semua yang menonton dan tangkap gambar masa saya bersiaran.
Terasa sangat besar tittle yang diberikan oleh pihak TV3 untuk saya iaitu PERSONALITI MASAKAN.

Monday, August 2, 2021

Resepi Apam Bakar Kelantan Sukatan Cawan Tips Kuih Lembut Sampai Ke Petang | kuih warisan | tepung apam kelantan

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, pernah makan kuih apam bakar tak?selalunya kalau di negeri Kelantan kuih apam bakar atau tepung apam dijadikan kuih sarapan pagi.Kuih apam dibakar satu persatu dan dihidang bersama kelapa parut.Makan panas-panas memang sedap sangat.

Apabila saya buat kuih tradisional macam ni terus terimbau kenangan zaman kanak-kanak, bonda kami selalu masak kuih apam untuk sarapan, memang sedap betul.Masa tu manalah kita peduli dengan resepi kan?yang tau cuma makan jer.Siap bakar terus makan.Masa saya kecil dahulu, kuih ni saya makan begitu sahaja tanpa kelapa parut, bukan apa biasalah budak-budak kan mana tau makan duduk diam macam tu.Ambil sekeping dan makan, bila habis ambil lagi.Saya sendiri pun sudah lupa bila kali terakhir makan kuih apam ni.Saya terfikir alangkah ruginya kalau kuih warisan tradisional kita hilang begitu sahaja.Saya cuma ingat-ingat apa yang bonda masukkan dalam adunan.Saya mula gugel sana sini mencari resepi, kebanyakan resepi menggunakan tapai ubi ataupun tapai pulut.Seingat saya rumah kami (di kampung) sangat jarang ada tapai.Kalau ada tapai pun cuma semasa hari raya.Itupun tapai pulut,sudah tentu bonda menggunakan bahan lain sebagai alternatif.Kalau pisang pulak memang rumah kami banyak pisang dan stok sentiasa ada.Itupun pisang kapas.Memang bonda akan buat jeput pise (jemput-jemput pisang)Puas berfikir akhirnya saya dapat jawapan rupanya bonda masukkan nasi sebagai bahan alternatif menggantikan tapai.Kalau nasi memang selalu ada lebihan.Saya cuba eksperimen dan Alhamdulillah kuih apam bakar menjadi dengan jayanya dan kuih lembut sampai ke petang sebab nasi tu menjadi agen pelembut semula jadi.

Semasa saya post ke youtube dan IG ramai juga yang confuse kuih apam ni dengan kuih serabai.Kalau serabi memang ada di negeri lain.Serabai lawannya ialah kuah manis atau serawa.Kuih apam bakar ni cuma dimakan dengan kelapa parut sahaja dan tiada kuah.Ada juga di setengah tempat di Kelantan (daerah lain)kuih apam dihidang semasa majlis tahlil sebab itulah kuih ini juga dikenali sebagai apam mayat.Walau apa nama kuih ini sekali pun ianya memang sedap dan unik dan lain dari yang lain.Kuih manis tapi ada sedikit rasa berempah sebab menggunakan sedikit bawang dan serai.Ada juga setengah resepi yang menggunakan halia (mungkin daerah lain) yang mana satu resepi yang betul.Bagi saya tak ada resepi yang betul dan tak ada yang salah.Bagi saya semuanya betul mengikut resepi keluarga masing-masing.

Panjang betul tulisan hari ni, ada ke yang sudi baca ni hehee.Okeylah jom kita semak resepi dan boleh tonton video tutorial juga di youtube malina lina pg

kuih apam bakar, resepi apam bakar kelantan, apam bakar kelantan sukatan cawan, kuih warisan zaman, kuih tradisional, kuih apam bakar malina lina pg, kuih apam bakar bonda lina pg, kuih tradisional kelantan,

RESEPI APAM BAKAR Malina lina pg
by Bonda malina lina p
g

Bahan

  • 3 biji pisang berangan 
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan nasi 
  • 1 cawan gula (kurangkan sedikit jika tidak suka manis)
  • 1 + 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 batang serai
  • sedikit lada hitam
  • sedikit garam
  • kelapa parut

Cara-Cara

  1. Satukan pisang, nasi,gula,air,bawang merah,halia dan serbuk lada hitam ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  2. Dalam mangkuk besar, satukan bahan kering, teoung beras dan yis.Kemudian tuang bahan kisar tadi.Gaul sebati,pastikan adunan licin.Tutuyup adunan dan Perap selama 2 jam.
  3. Setelah adunan kembang, masukkan sedikit garam.Ketepikan sebentar.
  4. Sementara itu satukan kelapa parut dan sedikit garam.Kukus sebentar. Boleh juga kalau nak masukkan ke dalam microwave.
  5. Panaskan non stick pan, letak sedikit minyak dan tuang (anggaran satu senduk )adunan kuih apam.Tutup sekejap hingga bahagian atas nampak kering.
  6. Kemudian terbalikkan kuih dan masak sebelah lagi.Setelah kuih masak, angkat dan ketepikan.
  7. Ulang proses hingga adunan habis.
  8. Kuih apam bakar memang sedap dihidang bersama kelapa parut.Selamat mencuba.
  9. Tonton video tutorial di link berikut


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...