Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di blog kesayanganku ini.Apa khabar semua pembaca tersayang?Walaupun tuan rumah asyik tenggelam timbul, tetapi masih ada pengunjung setia ke blog usang ni.Terima kasih semua.
Walaupun cerita ini agak basi, sebab dah lebih 2 minggu lalu.Tapi tak kira nak post juga dalam blog ini, simpan kenangan untuk anak cucu.
Terlakar sejarah tanggal 3hb Ogos 2021, linapg telah bersiaran secara langsung dalam rancangan Wanita Hari Ini (TV3) berkongsi resepi berasaskan ubi kayu.Ya Allah macam tak percaya pun ada.Tak pernah buat live kat IG/FB terus-terus buat live dalam TV.Semuanya berlaku sangat pantas macam mimpi pun ada.Kalau sebelum ni nak masuk TV mestilah shoot dulu baru program tu keluar dalam TV kan?Bila siaran langsung maknanya hari yang sama live kat TV.
Lebih kurang 4-5 hari sebelum tu saya dihubungi oleh produser program wanita hari ini untuk minta persetujuan saya menjadi tetamu WHI pada hari Selasa minggu berikutnya (3/8/2021) Dalam rasa teruja dengan tawaran tersebut, hati tetap berdebar-debar mampu ke ni buat live...Bila tanya pendapat suami, katanya insyaaAllah boleh.Saya terus setuju untuk menjadi tetamu WHI.Kita mudahkan urusan orang lain, insyaaAllah Allah akan permudahkan urusan kita.
Setelah dapat briefing dari tuan produser apa yang hendak dilakukan, dan juga berkat doa semua orang (ahli keluarga, kawan2 FB/IG) Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Walaupun ada sedikit masalah teknikal masa siaran langsung tapi itu asam garam dunia penyiaran menurut kata tuan produser.Terima kasih Wanita Hari Ini, produser en.iN, Uyaina dan Sugeetha selaku hos pada hari tersebut dan seluruh wargakerja WHI.Terima kasih sekali lagi
6 comments
alhamdulillah, pengalaman yang amat berharga, bukan semua orang boleh masuk tv
ReplyDeleteAlhamdulillah.. betul sangat tu. Pengalaman yang sangat berharga untuk dikenang.
DeleteTahniah Lina.
ReplyDeleteSelalu ikuti perkembangan Lina. Moga terus berjaya.
Terima kasih kak amie ❤️
Deletetahniah
ReplyDeletegood luck. semoga terus kongsi menu2 besttt
sy pun byk masak resepi. ikut blog. lina
Tahniah Lina semoga terus kongsi menu2 hihihi suka gak baca blog pasal masakan
ReplyDelete