Resepi Apam Bakar Kelantan Sukatan Cawan Tips Kuih Lembut Sampai Ke Petang | kuih warisan | tepung apam kelantan

By LiNa_Pg - Monday, August 02, 2021

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, pernah makan kuih apam bakar tak?selalunya kalau di negeri Kelantan kuih apam bakar atau tepung apam dijadikan kuih sarapan pagi.Kuih apam dibakar satu persatu dan dihidang bersama kelapa parut.Makan panas-panas memang sedap sangat.

Apabila saya buat kuih tradisional macam ni terus terimbau kenangan zaman kanak-kanak, bonda kami selalu masak kuih apam untuk sarapan, memang sedap betul.Masa tu manalah kita peduli dengan resepi kan?yang tau cuma makan jer.Siap bakar terus makan.Masa saya kecil dahulu, kuih ni saya makan begitu sahaja tanpa kelapa parut, bukan apa biasalah budak-budak kan mana tau makan duduk diam macam tu.Ambil sekeping dan makan, bila habis ambil lagi.Saya sendiri pun sudah lupa bila kali terakhir makan kuih apam ni.Saya terfikir alangkah ruginya kalau kuih warisan tradisional kita hilang begitu sahaja.Saya cuma ingat-ingat apa yang bonda masukkan dalam adunan.Saya mula gugel sana sini mencari resepi, kebanyakan resepi menggunakan tapai ubi ataupun tapai pulut.Seingat saya rumah kami (di kampung) sangat jarang ada tapai.Kalau ada tapai pun cuma semasa hari raya.Itupun tapai pulut,sudah tentu bonda menggunakan bahan lain sebagai alternatif.Kalau pisang pulak memang rumah kami banyak pisang dan stok sentiasa ada.Itupun pisang kapas.Memang bonda akan buat jeput pise (jemput-jemput pisang)Puas berfikir akhirnya saya dapat jawapan rupanya bonda masukkan nasi sebagai bahan alternatif menggantikan tapai.Kalau nasi memang selalu ada lebihan.Saya cuba eksperimen dan Alhamdulillah kuih apam bakar menjadi dengan jayanya dan kuih lembut sampai ke petang sebab nasi tu menjadi agen pelembut semula jadi.

Semasa saya post ke youtube dan IG ramai juga yang confuse kuih apam ni dengan kuih serabai.Kalau serabi memang ada di negeri lain.Serabai lawannya ialah kuah manis atau serawa.Kuih apam bakar ni cuma dimakan dengan kelapa parut sahaja dan tiada kuah.Ada juga di setengah tempat di Kelantan (daerah lain)kuih apam dihidang semasa majlis tahlil sebab itulah kuih ini juga dikenali sebagai apam mayat.Walau apa nama kuih ini sekali pun ianya memang sedap dan unik dan lain dari yang lain.Kuih manis tapi ada sedikit rasa berempah sebab menggunakan sedikit bawang dan serai.Ada juga setengah resepi yang menggunakan halia (mungkin daerah lain) yang mana satu resepi yang betul.Bagi saya tak ada resepi yang betul dan tak ada yang salah.Bagi saya semuanya betul mengikut resepi keluarga masing-masing.

Panjang betul tulisan hari ni, ada ke yang sudi baca ni hehee.Okeylah jom kita semak resepi dan boleh tonton video tutorial juga di youtube malina lina pg

kuih apam bakar, resepi apam bakar kelantan, apam bakar kelantan sukatan cawan, kuih warisan zaman, kuih tradisional, kuih apam bakar malina lina pg, kuih apam bakar bonda lina pg, kuih tradisional kelantan,
Setakat yang saya gugel belum jumpa lagi mana-mana blog yang menggunakan nasi menggantikan tapai.Kalau ada tu maknya bersumberkan blog linapg la hehe...

RESEPI APAM BAKAR Malina lina pg
by Bonda malina lina p
https://linapg.blogspot.com/

Bahan

  • 3 biji pisang berangan 
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan nasi 
  • 1 cawan gula (kurangkan sedikit jika tidak suka manis)
  • 1 + 1/2 cawan air
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 ulas bawang merah
  • 1 batang serai
  • sedikit lada hitam
  • sedikit garam
  • kelapa parut

Cara-Cara

  1. Satukan pisang, nasi,gula,air,bawang merah,halia dan serbuk lada hitam ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  2. Dalam mangkuk besar, satukan bahan kering, teoung beras dan yis.Kemudian tuang bahan kisar tadi.Gaul sebati,pastikan adunan licin.Tutuyup adunan dan Perap selama 2 jam.
  3. Setelah adunan kembang, masukkan sedikit garam.Ketepikan sebentar.
  4. Sementara itu satukan kelapa parut dan sedikit garam.Kukus sebentar. Boleh juga kalau nak masukkan ke dalam microwave.
  5. Panaskan non stick pan, letak sedikit minyak dan tuang (anggaran satu senduk )adunan kuih apam.Tutup sekejap hingga bahagian atas nampak kering.
  6. Kemudian terbalikkan kuih dan masak sebelah lagi.Setelah kuih masak, angkat dan ketepikan.
  7. Ulang proses hingga adunan habis.
  8. Kuih apam bakar memang sedap dihidang bersama kelapa parut.Selamat mencuba.
  9. Tonton video tutorial di link berikut


  • Share:

You Might Also Like

2 comments