Mee

Maggi Kari Tumis Sedap Terangkat | Resepi Maggi Kari Malina Lina Pg

By LiNa_Pg - Friday, July 30, 2021

 Assalamualaikum...

kembali bersiaran setelah lama hilang dari radar.Hari ini saya nak kongsikan resepi simple jer iaitu maggi kari.Nak masak maggi cara macam mana pun tak kisah, TIPS penting ialah perencahnya tu kita tumis dahulu, barulah bangkit aroma kari.Mesti korang akan rasa kelainannya bila hirup kuah nanti.Cubalah....

Walaupun simple jer tapi saya terajin pulak buat video dan tak sangka ramai yang bagi feedback positif rata2 yang komen kata tak pernah terfikir nak tumis perencah tu selalunya dorang akan tumis bawang dan perencah masuk lepas dah letak air.


Resepi Maggi Kari Tumis
by malina lina pg
bahan-bahan
3 bungkus maggi kari
900-1000ml air (air jangan lebih nanti kuah akan rasa tawar)
sayur sawi
cili padi
2 ulas bawang putih (cincang)
sedikit minyak

Cara
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga terbit bau.
Masukkan perencah maggi, tumis sekejap sahaja.
Masukkan air, masukkan batang sawi.Pecahkan telur satu persatu.Biarkan kuah mendidih dan telur beku sedikit.
Masukkan maggi/mee segera dan daun sawi.Masak 2 min.
Letak cili padi jika suka lebih pedas.Maggi kari sedia dinikmati.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments