Assalamualaikum...
Tempahan hari ni nan satu hahaa...sebijik pun wat iklan gak...Terima kasih sudi order dan order lagi...
Entri masak2 menyusul kemudian (kalau rajin).Kalau tak rajin tunggu minggu depan jer la..
Kek ni 'berkelakuan baik' heheee...masak ngan cantik dan senang lak nk deko...Ada yang teringin nak merasa???Cepat kontak saya melalui e-mail (ding dong dulu) nanti saya bg no hp...Urusan seterus dah boleh buat melalui sms/cl/wassap jer..Saja takmo letak no hp..kang ramai yg nk berkenalan hahaaaa..
Assalamualaikum...
Buat n3 cepat2 sebab banyak keje menanti.Ayam Shosha ni saya buat lauk sampingan Nasi Daging aritu.Jangan ditanya nape namanya begitu rupa...Walau apapun nama resepi ni, tapi ianya sangat sedap.Walaupun rupa paras seperti ayam masak merah, ayam rose atau pun ayam tomato tp aroma dan rasanya sangat berlainan....nak tau camana rasanya kenalah cuba sendiri..
Ayam ni memang pesen tak berkuah..kering tapi sedap..anak2 siap sapu ngan nasi lagi belen2 yg lekat kat pinggan lauk.
1/2 cawan hirisan daun ketumbar (LiNa Pg xletak tadak stok)
Sedikit madu atau gula pasir (LiNa Pg guna madu)
2 biji tomato, setiap satu dibelah 4
1/2 kg bawang kecil, dijadikan bawang goreng (LiNa Pg gn 10ulas bwg-buat bwg goreng)
1/2 cawan kismis digoreng dan ketepikan (LiNa Pg guna sultana)
1/2 cawan gajus digoreng dan ketepikan
2 sb serbuk badam (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)
1 biji tomato dihiris untuk hiasan
Sedikit kacang peas untuk tabur
Sedikit minyak untuk menumis
Garam 2 perasa secukupnya
Cara
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis kayu manis, pelaga dan bunga cengkih hingga wangi.Masukkan lada kisar dan tumis lagi hingga cantik.
Masukkan bahan kisar, dan tumis garing.Barulah dimasukkan serbuk kunyit.Kacau rata.Masukkan pula tomato puree dan tomato sos, balik-balikkan.Tabur 3/4 bahagian daun pudina dan ketumbar, tinggalkan 1/4 untuk hiasan.Tuangkan sedikit air.LiNa pg masukkan serbuk badam
Masukkan hirisan tomato, madu atau gula dan sedikit garam.Renihkan dengan api kecil sehingga pekat.
Jika terlalu pekat, tuang sedikit air.Masukkan kismis goreng, gaul rata.Masukkan bawang goreng.Barulah dimasukkan kepingan ayam goreng.Gaul supaya ayam dan rempah sebati.
Renehkan lagi sehingga ayam empuk, lembut dan meresap.Akhir sekali masukkan gajus goreng.Gaul sampai rata.
Semasa menghidang, taburkan hirisan daun pudina/ daun ketumbar, hirisan tomato dan kacang peas.Enak disajikan dengan nasi minyak mahupun nasi beriani.Sebaik-baiknya masak hari ini dan hidangkan pada keesokan hari.
Assalamualaikum...
Resepi Daging Palembang sangat femes seantero maya, cuma saya yg agak ketinggalan baru saja berkesempatan mencuba...menyesal pulak lambat menerai resepi yg senang tp hasilnya sangat mabeles..Kepada kawan2 yang pernah makan Daging Masak Hitam rasa Daging Palembang lebih kurang macam tu la.Cuma tak letak rempah kari jer dalam bahan.Daging Palembang ni saya makan bersama dengan Nasi Daging Berempahmemang sangat serasi bersama. Okey tanpa membuang masa, jom kite semak resepi.
Terbukti sedap..tak rugi mencuba...makan ngan nasi putih pun sedap.
500ml santan pekat (boleh gantikan dengan kerisik)-LiNa Pg gn 40g kerisik
1 cawan kicap lemak manis Cap Kipas Udang (Habhals)-LiNa Pg letak 1/2cwn jer
1sb sos tiram
minyak
Bahan kisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 biji cili kering (LiNa Pg guna 2sb cili giling)
Note : LiNa Pg blend bahan lain kemudian campur dengan cili giling
Rempah Penumis:
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
Cara:
Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar, bahan penumis bersama serai sehingga pecah minyak.
Masukkan daging dan gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana sehingga keluar air daging dan biarkan seketika.
Masukkan kicap dan diikuti dengan santan. Biarkan masak hingga daging mula empuk.(Cara LiNa Pg: Masukkan kerisik, biarkan daging hampir empuk baru masukkan kicap dan juga sos tiram)
Kacau sekali-sekala sehingga masak dan kuah menjadi pekat. Sesuaikan rasa.
Assalamualaikum...
Menu Nasi Daging ni amat popular di utara Tanah Air.Selalu Nasi Daging digandingkan dengan air asam dan juga sup.Ada jugak yg makan dengan air asam jer sebab dalam nasi tu dah ada lauk.Hurmm daya ni orang Penang celup jadi Nasi Daging Berempah ni saya makan dengan Daging Palembang.Memang sangat2 sedap.Pastu buat sedikit salad timun dan tomato ceri.Kalau buat acar mentah, anak2 tak makan lak.Bila buat salad timun dan tomato letak dressing salad ni laju lak depa ceduk.Apa2 lah anak2 ooi...Paling best sekali bila dak Maisarah makan bertambah2.Ooo..nasi ni kena ngan selera dia.Kalau buat Nasi Beriani tu tak berapa makan lak..
Kalau makan camni pun dah sedap..cukup rasa..lauk pun ada kat dalam ni..
Panas sedikit minyak, tumiskan rempah 4 beradik dan juga bawang besar hingga naik bau.
Masukkan hirisan daging, kacau sebentar hingga daging kecut.
Tambah air, kemudian masukkan daun bay dan juga kiub ayam.
Masak hingga daging empuk.(Tambah air jika perlu)
Cara-Cara (Nasi Daging)
Cairkan butter dalam periuk, tumis rempah 4 beradik dan juga bawang besar yg dicincang halus.Tumis hingga naik bau
Masukkan pes rempah sup, tumis hingga pecah minyak.Masukkan daging yg telah direbus empuk.Gaul sebentar ke dalam rempah.
Masukkan beras basmati, gaul sebati dengan rempah masak sekejap hingga beras nampak putih (al dente).
Tambah air rebusan daging (6cawan) kalau tak cukup air rebusan tambah dengan air panas jer.
Masukkan susu cair, daun pandan simpul dan juga kiub ayam, masukkan sedikit kismis dan juga gajus (simpan sket untuk hiasan).Kacau sekali sekala supaya nasi tidak hangit/berkerak tp jangan terlalu kacau nasi akan patah.
Bila nasi kering, kecilkan api.Masak nasi seperti biasa.Bila nasi masak, tutup api.
Gembur2kan nasi menggunakan garfu.Taburkan daun pudina, kismis dan gajus
LiNa Pg guna beras ni untuk masak nasi daging
Nasi dah masak..cantik jer langsung tak patah.LiNa Pg guna dapur gas jer.
Assalamualaikum..
Apa khabar semua?Hari ni saya nak kongsikan resepi sarapan yang cukup ringkas tapi mengenyangkan.Dah banyak kali sangat ulang siar, tapi tetap nak tepek gambar gak hahaaa..resepi egg benedict tu memang sama jer, langsung tak mendurhaka.Cuma kali ni saya gandingkan dengan tomato salad.Lagi mabeles rasanya.Sebelum saya kawenkan mereka berdua bersama tomato salsa yang tak kurang hebat rasanya.Kali ni saya berjaya memikat selera anak2 untuk makan salad tu hahaaaa.Sebelum kalau tomato salsa..takmo..masam katanya..Macam2 betul karenah anak2 ni.Bila sebut anak2 (dua jer kan?)maknanya yg paling kecik dan sangat cerewet tu langsung tak makan la...hanya koktel jer yg dia ambil...aduyai maisarah...
Hampir setahun lebih tak makan egg benedict ni gara2 oben kecil saya rosak.Malas rasanya nk guna oben besar semata2 untuk baked 4 ketoi roti ni huhuuu..Sekarang sudah ada pengganti, bolehlah buat selalu..bekfas express ni.
Simple, lazat dan berkhasiat
saya suka makan yg versi camni...salad masuk dalam roti..nyumm..
Assalamualaikum...
Alhamdulillah rezeki di pagi Jumaat...tempahan kek indulgence cheese nan satu...walaupun cuma sebijik tapi tetap bersyukur atas rezeki...Kek ni ditempah oleh BFF saya untuk bujang sulung dan niece dia..Selamat Hari Lahir buat kedua2 sepupu ni...semoga membesar menjadi anak yg soleh dan berjaya di dunia akhirat..buat Aiman dan juga Fatin..
Kepada sesiapa yg ingin merasa kek ni, silalah contact saya melalui e-mail kat side bar..nanti saya akan berikan no hp untuk urusan selanjutnya..just buzz dulu thru e-mail okey..
Assalamualaikum...
Sejak kebelakangan ni kami sekeluarga suka sangat makan Western food time week end.Bukan apa bila wk end suka jenjalan cari makan untuk lunch tu.Selalu tempat merayau ialah supermarket.Boleh kata setiap mggu akan ke Tesco, Mydin, Giant....bila jumpa apa2 bahan mentah untuk buat western mesti akan beli punya..tak kiralah ikan salmon ke lamb ke macam2 lagi laa...Pastu mulalah mereka nak apa dengan bahan2 tu suma.Ni menu hari sabtu...malam tadi makan ikan salmon tp tak sempat nk snap gambar sebab kelam kabut nak siapkan tempahan RVC nan satu.
Selalu Grilled Chicken ni makan dengan black pepper sauce kan? Tapi rasanya bosan juga kalau asyik makan dengan sos yg sama.Apa kata beralih ke Mushroom sauce pulak.Rasanya memang sedap, sesuai untuk anak2 kecil yg tak boleh makan peda.Kalau nak pedas boleh letak sos cili time makan.Memang layan abess la.
Okey hari ni saya nak kongsikan satu resepi yg sangat sempoi tp sangat sedap pada tekak kami satu family...Hasil idea bernas en.asben.Katanya dia pernah makan kat satu kedai lebih kurang rasanya macam ni lah...Dah banyak kali buat ni tp baru terajin wat n3...Ekceli ni boleh juga dikatakan resepi orang malas sebab sangat simple dan sudah bahan 'sedia guna' ajer hahaaa..Semoga ianya dapat memberi ilham dan juga idea pd kwn2 yg dalam menyediakan hidangan untuk keluarga tersayang.
Inilah dia hasilnya ayam grill wif mushroom sos...makan dengan french fries dan sedikit sayur.Complete set...Simple tp mengenyangkan
Tinggal pinggan mama ngan abah jer, anak2 sedang menikmati hidangan masing2
Bahagian dada/isi cucuk2 sedikit dengan garfu/apa2 yg tajam supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.Kalau nak kelar pun boleh juga.
Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah.LiNa Pg guna 1 kiub ayam sebab ayam saiz besar.Kalau ayam kecil atau yg debond guna setengah jer (agak2 la)
Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
Letakkan sedikit olive oil supaya ayam tak kering
Perap daging paling kurang selama 1 jam.Tapi saya suka perap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam ayam...memang best
Bakar daging sehingga masak.Lina pg guna pan jerr..gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus
Panggan hingga masak.
RESEPI MUSHROOM SOS
Bahan-Bahan
Cendawan butang
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
Sedikit kiub ayam (LiNa gn suku dr kiub jer)
1 ulas bawang putih (cincang halus)
1/2 tin air (guna tin prego tu)
Sedikit minyak
Cara-Cara
Cendawan butang dibersihkan dan hiris nipis
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit kuning.
Masukkan hirisan cendawan tumis hingga layu.
Masukkan sos carbonara.Tambah air.
Masukkan kiub ayam.Masuk sedikit jer.Kacau hingga pekat.Sesuaikan rasa.Tutup api
Bahan untuk sos...senang kan?
******************************************
T E M P A H A N R V C
Hari ni punya...Terima kasih sudi order....deco seadanya jer kurang kreatif gitew..sepesen saje
Assalamualaikum...
Hari ni nak strori sket pasal Tempahan kek buah ni.Panjang betul behind the scene nya..Bukan pasal tempahan tp cerita pasal postage.Ceritanya bermula pada malam Jumaat lagi (kukus kek malam Jumaat sbb nk pos ari sabtu) Tuan empunya kek nk kek hari Ahad, Jd kena make sure sampai hari Ahad la.Dah siap bersauna selama 4jam..akhirnya kek masak dan hasilnya sangat cantik (pada mata saya la heeehee) Bila dah sejuk terus wrap dengan plastik...dan simpan dulu.Tak larat nk balut dalam kotak bagai dah sebab mengatuk sangat.Esok pagi (sabtu) terus sambung keje masuk kotak n packing untuk pos plak.Dah setel suma, terus siap2 nak pos kat Medan Suri (Pos Laju paling dekat ngan umah)Hajat hati nk pi lone ranjer jer sebab dekat.Sekali lalink tanya 'Nak Pi Sorang ke?'...aisey ayat macam nk teman jer tu...apa lagi...terus ajak lalink temankan 'Jom arrr' terus pi Pos Laju...sekali sampai sana ...TUTUP daaaaa..hish..kata tutup sabtu pertama jer..hampa dan keciwa sungguh rasanya.En.asben kata takpa la kite pi kat USM/Gelugor lak..Time ni dalam hati seb baik la lalink ikut sekali..kalau pi sorang kompom aku balik dah..kalau pi snediri kat Gelugor nuuu kompom sesat...siankan lama dok Penang pun tak reti nk drive jauh2 hahaaa.
Dari Medan Suri, terus gerak ke Gelugor, sampai sana dalam kol 11.05am...Alhamdulillah memang buka Post Office Gelugor tu.Poslaju pun tutup kol 5pm.Dalam ati ada rezeki.Boleh pos kek buah ni.
Bila masuk..tadak orang pun dalam tu..cepat la ni.Sekali pi kat kaunter..katanya kena tunggu hingga 11.30am sebab dia nak closing shipment yg kol 11am punya..Ada gak ke sistem macam ni kena tggu dia wat kije.Pas tambah pekerja tu lagi..kalau pos ari ni pun..Isnin baru depa wat shipment...Ish teruk betul.Patutnya last shipment kol 4pm.Suka suki jer wat cut pff sendiri..Terus blah dari situ...ha,pes tul service...Cadangan akhir dari lalnik...pos ajer la kat Kulim.Dah tentu buka dan esok (Ahad) kedah kan keje.
Ok cadangan yg sangat bernas.
Kami balik umah dulu tunggu si sulung balik dari program sekolah merentas kampus USM.Sempat gak call Pos Laju Kulim tanya waktu operasi hingga kol brapa?Katanya hingga kol 5pm untuk last shipment.Alhamdulillah...sangat2 legaaaa..
Kol 12.30pm kami gerak ke Kulim, sampai sana dalam kol 1.15pm....Kek Buah selamat di pos..Alhamdulillah..walaupun pelbagai aral melintang pukang akhirnya selesai gak amanah orang...
Risau jugak takut tak sempat sampai hari ni (Ahad)
Baru sekejap tadi tuan empunya hantar sms, katanya kek dah selamat sampai....dan sedap katanya...
Alhamdulillah sms tu sangat2 melegakan saya...
Jarang2 sekali dapat tempahan untuk di pos.Jika berminat boleh contact saya.Harga postage mengikut kawasan
Assalamualaikum...
Mushroom Soup ni saya buat time celebrate Anniversary aritu (kiranya n3 basi la ni ngeee)Disebabkan hari istimewa jatuh pada weekdays maka sambutan kat umah jer la..So, mushroom sup dijadikan sebagai appertizer, manakala main course ialah grill chicken with mushroom sauce..segalanya mushroom la... dessert lak kek kaler maler tu KEK PELANGI.Kami sekeluarga penuh selera melayan western..kenyang betoi.
Okey saya share resepi sup cendawan yang sangat mabeles ni.Kebetulan saya jemput adik2 saya datang ke rumah..makan ramai lagilah berselera...suma pun enjoy makan...Jom kite semak resepi yang sangat ringkas tapi rasanya sangat2 tip top...Saya boleh katakan jauh lebih sedap dari kat kedai femes ames tuh...Nak tau kelazatannya kenalah cube sendiri.
Memang sedap, kalau ada garlic bread pun sedap wat cicah ni.
Assalamualaikum...
Ualngtahun Perkahwinan kali ni saya telah merajinkan diri membaking kek pelangi.Azab jugak la nak siapkan 6lapisan kek tu.Seb baik oben saya boleh bayang 2 loyang 9in sekaligus.Kalau bakar satu persatu adoyai..mau saya tertidur depan oben huhuuu..Walaupun pelbagai kejadian belakang tabir telah berlaku semasa pembikinan kek ni tapi hasilnya agak boleh tahan.Paling tak tahan ialah kaler pelangiku seumpama 'Pelangi Petang di musim kemarau' huhuuuu.Kaler tak berapa nak ceria lak...terutama pepel dan oren..Dah la kaler ijo kehabisan stok.hurmmm tak jadi la kaler epalngi macam kat sekolah tu yea..ni kira kek warna warna la hahaaaa..Takpa la janji ada kaler maler..Kek ni saya gandingkan dengan Cream Cheese Frosting.Bila makan dah jadi macam RVC la pulak..hurmmm enak tak terkata.
Agak lama juga saya study mengenai resepi kek rainbow ni, kebanyakan menggunakan resepi yg sama iaitu mengguna 5biji putih telur.Adeh abes yg kuning nk wat apa lak.Jadi saya olah sket guna suma sekali telur tu.Hasilnya sangat memberangsangkan.Kalau berminat bolehlah mencuba
Inilah hasil post mortem kek anniversary kami.Our life so kalerful hahaaa
Assalamualaikum...
Hari ni merupakan hari istimewa bagi kami..dimana pada tanggal 11 Feb inilah kami telah disatukan menjadi suami isteri yang sah...Pelbagai onak duri telah dilalui semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke Jannah.
Bersempena hari istimewa saya cube membuat sesuatu kek yg baru.Walaupun fizikal kek macam RVC tapi dalamannya bukan RVC..harap2 post mortem nanti tidak mengecewakan
Nak tau kek apa..tggu petang nanti bila suam dah berkumpul..
Assalamualaikum...
Hari ni berkesempatan siapkan satu n3 masak2...lama jugak tak paparkan menu lauk...Biasanya lauk jenis ni ala2 ayam masak merah atau ayam ros biasanya digandingkan dengan nasi yg berperisa seperti Nasi Hujan Panas, Nasi Tomato atau apa2 sajalah.Tapi saya tidak begitu rajin hahaaa..cuma makan dengan nasi putih dan malam nanti boleh lah dinner lauk ayam tomato dengan cicah roti pulak..roti gardenia jerlah...
Mehlah takmo bebel panjang, terus ke resepi
Gambar kucar kacir sebab nak cepat....snap pun guna enpon jer
Assalamualaikum...
Akhirnya dapat jugak wat n3 masak2 heheee...Labu sira ni makanan tradisional negeri kelate.Selalu time kenduri kendara akan ada dessert ni.Tapi manisnya tu ya ampun...memang melekat kat tekak huhuu..kena kaber minum air kosong bergelas2 huhuu..Walaupun manis tp saya tetap akan mengambil sepotong untuk merasa.Maklumlah masakan otai ni lain pesen sket sedapnya..
Resepi Labu Sira ni pernah saya masukkan dalam blog ni, cuma kali saya menggantikan gula perang n gula merah kepada nisan keret...saja 'test drive' nak compare mana yg lebih sedap...
Cara masak pulak saya menggunakan pemanggang ajaib.Ternyata labu lebih cepat empuk walaupun menggunakan api kecil.
Dua bahan utama yg berbeza menghasilkan keenakan yg berbeza.Nak tahu apa bezanya kenalah cuba sendiri.Tak suspen la kalau suma pun nk kena stori kan?? Tp dari segi warna gula nisan memberikan kaler yg sedikit gelap berbanding menggunakan gula perang n gula merah yg memberi impact golden brown yg cantikkk.
Kalau nak tengok Labu sira guna gula perang boleh tengok SINI
Labu dikupas kulit dan direndam ke dalam air kapur selama 1-2jam
Cuci bersih dan toskan labu
Susun labu ke dalam pemanggang ajaib dan taburkan nisan keret yg diracik halus.
Letakkan daun pandan yang disiat-siat.
Tutup periuk dan masak labu dengan api yang kecil hingga labu empuk.Jika menggunakan pemanggan ajaib labu empuk dalam ~30min
Note: Lina pg tidak meletakkan air dalam resepi ni sbb labu akan mengeluarkan air semasa proses memasak..Jika suka boleh letakkan 1-2 sb air selepas tabur gula
Nampak macam banyak jer gula nisan tu, tp kemanisan hanya manis2 buah jer
Assalamualaikum...
Tahun baru ni tadak lagi n3 masak2, bukan tuan umah tak masak..tp masak menu yg ulang siar jer...resepi suma dah ada dalam ni.Tu yg malas nk snap gambar bagai...Hari nak tayang tempahan kek Indulgence yg ditempah oleh seorang kawan.Tempahan dibuat sedari bulan Nov tahun lepas lagi..advance betoi..sepaptutnta kek ni diambil hari ni (2/5/14), tapi mereka mempercepat majlis sehari awal.Jadinya depa minta kek ni disiapkan kemarin (4/2/14) Kelam kabut jugak la nk siapkan kek ni..Deko pun seadanya saja..
Elok jer siap terus dibawa pulang oleh tuan empunya..seb bail sempat snap jugak gambar..Tp maklum sajelah snap petang2 nk senja gambar kelabu asap la hasilnya.Tambah lak snap ngan enpon huhuu..
Simple as usual.Tuan punya kek ni kata...dia tak pentingkan deco...yg rasanya memang meletop...Dah dapat sms malam tadi, mereka sekeluarga sangat sukakan kek ni...
Kepada mereka yg mempunyai citarasa yg tinggi dan berminat nak tempat jangan malu, jangan segan..hantar e-mail kat saya (adrss ada kat sidebar)InsyaaAllah anda akan berpuas hati.Kek ni seberat ~2.6kg.Menggunakan kek coklat moist sebagai kek asas, dilapisi cream cis seakan aiskrim dan juga disulami mousse coklat yg enak...Sambil pejam mata suapan demi suapan...tak sedar piring sudah kosong.
Post mortem lebih kurang macam ni.(Ini kek besday my lalink last year..bukan kek yg atas tu..kek org mana leh potong hik2)