Buah labu ni saya angkut dari kampung masa CNY aritu lagi...Lupa lak nak tanya bonda..sama ada labu ni dibeli atau yang bonda tanam di belakang rumah.Tengok ada tergolek kat ceruk dapur.Terus paw ngan bonda bawa mai Penang.Tapi sampai kat Penang pun tergolek tepi dinding gak buah labu ni..Kesian tul nasib labu ni hihi...kali ni sampai gak seru untuk 'mengejakan' si labu ni.Sebelah saya wat masak lemak dan sebelah saya buah sira.Nak buat sira sebiji labu ni takut anak2 tak makan pulak.Bukan boleh diduga tekak budak2 kat umah ni.Seb baik si sulung makan Labu sira ni
Labu Sira sangat sinonim dengan kenduri di klate.Kalau kebetulan musim buah labu ni mesti setiap umah yang buat kenduri akan menghidangkan juadah ni.Hmmm..kalau bukan alamat kempunan lah nk merasa keenakan labu sira ni.Selalunya Labu sira kenduri akan manisssss yang amat..Terasa kena minum 2-3 gelas air kosong untuk menghilangkan manis yang melekat di tekak huhu.Bila buat sendiri barulah menepati citarasa sendiri kan?Meh kite semak resepi...
Labu Sira yang sedap..manis yang sedang2...
RESEPI SIRA LABU
By: Lina pg
Bahan-bahan:
- 1/2 biji labu
- 3 sb gula merah
- 3 sb gula perang/gula pasir
- 3 helai daun pandan
- Air kapur
Cara-Cara:
- Labu dikupas kulit dan direndam ke dalam air kapur selama 1-2jam
- Cuci bersih dan toskan labu
- Susun labu ke dalam periuk dan taburkan gula merah dan juga gula perang.Sukatan gula terpulang kepada citarasa.
- Letakkan daun pandan yang disiat-siat.
- Tutup periuk dan masak labu dengan api yang kecil selama 1 jam atau sehingga labu empuk
Note: Lina pg tidak meletakkan air dalam resepi ni sbb labu akan mengeluarkan air semasa proses memasak..Jika suka boleh letakkan 1-2 sb air selepas tabur gula
Lina pg hanya gunakan separuh dari labu yg bersaiz comel ni saja.Bukan apa takut tidak mendapat sambutan, jenuh mama ngan abah nk habeskan huhu
Labu yang telah dikupas kulit, direndam dalam air kapur.Kapu makan ya..bukan kapur kasut...kang ada yg boh kapur kasut anak..cheq tak bertanggung jawab kalau cirit birit hihi.Tujuannya untuk memejalkan isi labu.Labu akan dimasak lama.Kalau tak rendam nanti isinya akan hancur.Gitulah kesahnya
Pas rendam.cuci bersih dan toskan..ingat cuci bersih2 taw..kang pahit lak rasa kapur
Susun labu dalam periuk.Pastu tabur gula secukup rasa n daun pandan..Owh..korang gelak sebab piyuk buruk..Hmm..buruk pun still berguna.Suka guna sebab tebal n masakan tak hangus
Tutup periuk dan msk guna api yang kecil.Lina pg masak selama 1jam
Tara...labu sira dah siap...







22 comments:
Assalam Lina, kebetulan pula kakpb baru lepas mkn sira labu. Tapi buat ikut suka je, buat mcm pengat gitu. Rumah ni kakpb sorang minat labu...huhu.
Sedapnya sira labu... kalau simpan dalam fridge dan makan sejuk2... alangkah nyamannya....
@zana fahmi
salam kak pb, wat sket jerr cepat la abesnya..saya pun main hentam jer tuh hihi
@Gee®
Adeh Gee..wat sebeleha labu yg saiz comel jer tak menyempat nk simpan dalam esbok bagai..dapat satu slice sorang..dah clear hihi
Assalamualaikum...thanks untuk tips pejalkan labu tu...Nampak sedap plak sira ni
aduhhh sedapnya..lama sungguh saya tak makan sira labu ni.thanks resepi tu
@Sue @ Nenie
wslm...welcome dear...sedap la kat tekak akak
@inazamri
Resepi hantam saja...versi mak budak baru belajar..
assalam..
sedap nampak sira labu ni.. nani pun kalau beli labu sebijik kejap je abis.. wat cokodok la.. wat masak lemak le.. sira.. wat serawa la.. habis sebijik.. :) hehe
sedapnye..ada lagi tak kak..zila suka juga labu melabu ni
@JaSSNaNi
wslm Nani..labu ni segala masakan pun sedap..bleh jd sayur,kuih n dessert suma pun sodap
@norzila
Zila mai lambat dah abes dah suma..kak lina wat ciput jerr
nampak macam sedap ja Lina tapi kak nor belum pernah makan macam ni mesti nak kena try ni sbb labu tu bagus kan
@Nooriah Abdullah
sedap kak noor,tambah lak isi labu ni..kalau tak abes bleh simpan dalam peti sejuk..tahan lama..lagi sejuk lagi sedap
ehmmm.. sedapnya..
belum pernah sira labu sendiri.. tp pernahlah mkn.. mmg sedap.. nak pulak kena labu yg empuk.. lagi sedap..
owhh lupa nk tanya.. agak2 kalau guna pemanggang ajaib tu boleh tak ye? hehe..
@MaDiHaA a.k.a Ratna
Betul tu kalau dapat labu yg lemak n empuk memang sedap yang amat..
@MaDiHaA a.k.a Ratna
Rasanya boleh kot..sebab yg ni pun sy masak ngan tertutup supaya wap tak keluar n labu masak dgn sempurna..cuma kena cheq jugak takut air labu dah kering kang hangit lak..pemanggang ajaib cover gelap kan
My feveret
@Azie
MY PEBERET TOO
Assalam sedapnya sira labu ni, yg paling best kulit tu berkedut2emmm lazatnya. Kalo lek it palinggg sedapkan
terima kasih lina... nnt nak try jugaklah... mcm teringin pulak nk mkn sira labu..
Post a Comment