Resepi Kuih Keria Dan Tips Adunan Doh Serta Menyira Yang Betul Supaya Tahan Lama (Lambat Cair)

By LiNa_Pg - Monday, April 26, 2021

 Assalamualaikum...

Hari ni saya nak share resepi dan tips membuat kuih keria dan cara menyira yang betul.Selalunya kalau kuih-kuih yang bersira ni ramai yang fail bab menyira, kuihnya sudah elok tapi hasil selepas sira tidak menjadi.Resepi ni hasil eksperimen setelah beberapa kali mencuba dan juga menambah baik setiap kali hasilnya.Saya akan ubah dan adjust mana yang patut supaya lebih mantap.

Jom saya share beberapa tips penting:

  1. Ubi keledek, jenis ubi keledek juga memainkan peranan.Ada yang jenis serap air dan tekturnya agak lembek selepas direbus dan ada yang jenis kental.Kurang serap ait dan tidak lembek.Semasa merebus air, kena selalu cek, bila ubi dan empuk terus angkat supaya tidak terlalu lembek.Selalunya keledek oren akan cepat masak.Kalau rebus terlalu lama isinya seakan nak hancur.
  2. Setelah ubi masak, terus lenyek atau tumbuk semasa masih panas.Ini akan menghasilkan tektur ubi yang halus.Kalau ubi rebus dah sejuk, agak susah untuk lenyek/tumbuk dan hasilnya nanti ada berketul-ketul (ubi tak hancur)
  3. Setelah siap dilenyek, Biarkan ubi SEJUK SEPENUHNYA.Jangan terus masukkan tepung dan uli jadikan doh KERANA bila ubi masih panas, tekturnya agak lembek jadi kita akan menggunakan tepung yang banyak untuk mendapatkan adunan yang tidak melekat di tangan.Hasilnya kuih keria akan rasa keras sebab dah terlebih tepung.
  4. Penambahan sedikit tepung beras menjadikan kuih keria rangup di bahagian luar, tapi lembut di bahagian dalam.Tepung beras juga menjadikan kuih keria tidak serap minyak.
  5. Tepung gandum guna sedikit sahaja supaya kuih keria lembut dan sedap bila digigit.
  6. Penambahan sedikit serbuk penaik menjadinya kuih keria montok dan gebu
  7. TIPS menggunakan sedikit minyak semasa menyira menjadikan hasil kuih keria selepas disira menjadi berkilat dan kuali menyira licin kerana gula sira melekat kesemuanya pada kuih (bukan melekat pada kuali.
  8. Penggunaan tepung gandum sebagai agen pelekat dalam sira menjadikan hasil sira bertahan lama (lambat mencair)
Dah banyak tips yang saya bagi, kalau tak jadi juga kena mandi bunga la nampak gayanya hahahaa...
resepi kuih keria, tips menyira kuih keria yang betul, kuih keria tahan lama, rahsia buat kuih keria yang montok dan gebu,kuih keria malina lina pg,
Gambar kuih keria ni dari hp jer...sebenarnya kuih keria ni dah lama saya buat..tapi tertangguh nak post dalam ni.Sayangnya gambar dalam kamera semua hilang.Dah la saya tak post ke IG, cuma nasib baik saya ada snap guna hp

Resepi Kuih Keria Yang Sedap Pelbagai Tips Supaya Menjadi
by malina lina pg
Bahan-Bahan
500g ubi keledek (lina pg guna keledek oren)
1/2 cawan tepung gandum
1 sb tepung beras
1/2 sk baking powder
minyak

bahan sira
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
2 helai daun pandan
1 sb rata tepung gandum

Cara-Cara
  1. Kupas ubi keledek,cuci bersih dan potong kepada saiz kecil sedikit.Supaya cepat empuk
  2. Masukkan ubi keledek ke dalam periuk, isi air lebih kurang sama paras atau lebih sedikit sahaja dari paras ubi.Kemudian rebus hingga empuk.
  3. Setelah empuk, keluarkan ubi dan terus lenyek hingga halus.
  4. Biarkan ubi keledek lenyek tadi SEJUK SEPENUHNYA sebelum kita tambah tepung.
  5. Masukkan tepung beras,serbuk penaik dan tepung gandum.Uli hingga menjadi doh.Jika doh masih lembek, biarkan sahaja jangan tambah tepung nanti kuih akan keras dan tak sedap.
  6. Tips membentuk kuih keria yang cantik, celup hujung jari ke dalam minyak supaya kuih licin dan senang untuk dibentuk.
  7. Ambil doh anggaran sebesar penumbuk baby, leperkan dan buat lubang di bahagian tengah.Buat hingga selesai.
  8. Panaskan minyak, goreng hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.Biarkan kuih sejuk sebelum disira.Kalau sira semasa kuih masih panas, kuih akan mudah hancur semasa disira.Buat kuih tradisional kena banyak bersabar.
  9. Keluarkan lebihan minyak gorengan.Kalau ada siket2 yang melekat kat kuali biarkan sahaja.
  10. Masukkan gula,air dan daun pandan,biarkan hingga mendidih dan nampak berbuih-buih pekat barulah masukkan kuih dan gaul kuih dengan air gula.Masukkan tepung gandum dan teruskan mengacau/gaul.
  11. Bila tepung dan sebati, pisah-pisahkan kuih supaya tidak melekat antara satu sama lain.Tutup api dan teruskan mengacau hingga kuih keria nampak putih-putih seakan berrsalji.
  12. Keluarkan kuih dari kuali dan sedia dihidang.Selamat mencuba.Video tutorial boleh klik paparan di bawah
Note:
Kuih keria bukan sekadar resepi, resepi yang mana pun hampir sama sahaja.Benda paling penting ialah Tips dan kaedah yang betul barulah hasilnya memuaskan.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. tq tqqq
    byk info dpt hari ni
    arwah mak dulu buat elok menjadi
    smpt belajar juga cara menyira tu
    tapi bila buat kadang elok kadang tak menjadi juga ha haaa

    ReplyDelete
  2. Best tips semua... recepi page lain semua xde tips as detailed as this.. tqsm!!!

    ReplyDelete