Tips Dan Rahsia Masak kari Sotong Yang Sedap dan Tidak Liat
By LiNa_Pg - Saturday, April 24, 2021
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran, asyik tenggelam timbul jer memang tak menang tangan sungguh nak handle dapur maya yang banyak ni hehe..Okeylah kita buat n3 ringkas jer la.Hari ni saya nak share satu resepi kari sotong yang sedap.Kalau di utara ni semua pun kami panggil gulai hehee.Kari sotong ni ala mamak tapi tak betul betul mamak la cuma sipi sipi jer sebab tu saya namakan KARI SOTONG ALAMAKKK hahaha.Kuahnya pekat sesuai makan dengan nasi putih, kalau nak cicah roti pun sedap juga ni.
sotong ni tak besar sangat.Saya cucuk kepala dengan badan tu supaya tak hilang dari radar.Bila nak makan jangan lupa keluarkan lidi tu tau
KARI SOTONG ALA MAMAK
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
500g sotong
2 cawan air
25g serbuk kari ikan
1 sk serbuk ketumbar
1 sb serbuk cili
5 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih
1/2 cm halia (tumbuk)
5 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1/2 sk halba campur
2 tangkai daun kari
2 cm gula nisan
1 sk pes asam jawa
garam
2-3 sb sos tiram
serbuk pati ayam
100ml santan
cili padi merah dan hijau
minyak
Cara-Cara
- Bersihkan sotong dan cucuk bahagian badan dan kepala dengan pencungkil gigi atau lidi.
- Didihkan air dan rebus/celur sotong selama lebih kurang 30saat (GUNA API BESAR)
- Keluarkan sotong dan tapiskan air rebusan (jangan buang tau)
- Dalam mangkuk kecil satukan serbuk kari, serbuk ketumbar, serbuk cili dan bahan yang ditumbuk.Bancuh dengan air rebusan sotong hingga menjadi pes kari yang pekat.
- Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris, halba campur dan daun kari.
- Tumis hingga garing, kemudian masukkan pes kari.Tumis hingga pecah minyak.
- Apabila telah pecah minyak,masukkan gula nisan dan air rebusan sotong anggaran 1/2 cawan.Besarkan api dan biarkan tumisan pecah minyak sekali lagi.
- Masukkan pes asam jawa dan habiskan baki air rebusan sotong.
- Masukkan sedikit garam, sos tiram dan sedikit serbuk pati ayam dan santan.Biarkan kuah mendidih (kacau sekali sekala supaya kuah tidak berketul)
- Setelah mendidih, masukkan sotong yang telah direbus tadi.
- Kacau sebati dan tutup periuk selama lebih kurang 30saat sahaja.Sotong tak boleh dimasak lama nanti isinya keras/liat.
- Akhr sekali masukkan cili padi hijau dan cili padi merah.Terus tutup api.Sotong kari ala mamak sedia dihidang.
2 comments
Cantik hasil masakan kari sotong tu Lina.
ReplyDeleteTerima kasih share resepi dan petua sotong jgn liat dn keras. nnti share lg:)
ReplyDeleteWww.asmahabubakar.com