kek

Oreo Mug Cake Viral Tanpa Oven Tanpa Telur | Kek Viral 3 Bahan

By LiNa_Pg - Sunday, April 11, 2021

 Assalamualaikum...

Kalau terasa lapar dan nak makan sesuatu yang simple, boleh cuba oreo mug cake ni...kalau makan biskut terus tu macam kureng kick la kan?cliche sangat.Kita olah siket menjadi kek yang simple.Lebih kurang 1min 10 saat jer dah siap dan boleh makan terus.Sedap pulak.Bahan pun simple jer 3 bahan.Kalau nak lagi simple guna 2 bahan (tanpa tepung) saya dah cuba kedua-dua versi iaitu tanpa tepung dan masukkan tepung.Kalau guna tepung tektur kek ialah 'cakey' kalau tanpa tepung tektur 'dense' ala-ala brownie...kedua-duanya sedap kat tekak saya.

Oreo Mug Cake ni sangat viral di tiktok...tengok bahan-bahan pun simple sangat, saya pun terus buat kebetulan semua bahan pun ada kat rumah.Apa lago terus On jer la.Makan dengan aiskrim lagulah heaven.Aiskrim tu sebenarnya beli untuk shoot video minuman sempena bulan puasa.Ada lebih,kita buat hiasan untuk mug kek ni.Sedap sungguh baq ang tambahan pula cuaca yang panas melampau sekarang.

oreo mug cake, oreo cake in microwave,resepi kek viral 3bahan, kek viral di tiktok,resepi kek oreo simple,kek microwave,
Pudina tu petik dalam pasu..nasib la ada siket lagi...Bolehlah dijadikan penyeri
Resepi Oreo Mug Kek | Kek viral 3 bahan
Bahan-bahan
4-5 keping oreo
1/4 cawan susu segar
1 sudu besar tepung naik sendiri (self rising flour)
aiskrim (optional)

Cara-Cara
  1. Patah-patahkan biskut oreo dan masukkan ke dalam mug/bekas tahan panas.
  2. Tuang susu segar dan kacau rata.
  3. Masukkan tepun naik sendiri (tepung berserbuk penaik) gaul rata.
  4. Masukkan ke dalam microwave selama 1min.Siap.Oreo mug cake boleh dihidang bersama aiskrim sebagai topping atau boleh juga dimakan begitu sahaja.Selamat Mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments