Cucur Manis Cheese Versi Churros Rangup Di Luar Lembut Di Dalam
Assalamualaikum....
Pernah cuba tak cucur air panas yang pernah viral suatu masa dahulu?Cucur manis kembung tu ada yang suka dan ada juga yang kurang suka dengan tektur cucur sebegitu.Kalau mengikut citarasa cucur air panas tersebut kira not bad la bolehlah kita tukar2 selera dan tukar style buat cucur atau jemput-jemput.Sekarang ni timbul versi baru pulak iaitu cucur cheese.Resepi seakan sama dengan cucur air panas tapi rasa dan tektur lebih sedap.Tambahan pula resepi kali ini saya olah menjadi seakan churros not actual churros tapi seakan-akan.Kalau resepi churros tak ada cheese dan sedikit tawar, yang ini rasanya manis sesedap rasa.Memang enak dimakan begitu sahaja tanpa perlu ditabur gula atau cicah dengan coklat.Lagi mudah kan kalau anak2 jenis suka makan on the go hehe.Owh yea sebelum kita tengok resepi, saya nak ingatkan in case bulan puasa nanti saya tak sempat nak update blog dengan resepi, boleh terus sahaja ke youtube saya untuk idea masakan buka puasa sama ada lauk pauk, kuih muih atau minuman berbuka puasa.Alhamdulillah saya dah selesai beberapa video untuk ramadan nanti.Klik link berikut untuk ke youtube channel lina pg
- Dalam periuk kecil, satukan air, gula,susu pekat manis, mentega,cheese dan garam.
- Masak hingga semua larut dan mendidih.
- Dalam mangkuk berasingan, sediakan gandum dan tuang larutan yang dimasak tadi (tuang terus semasa panas)sambil adun menggunakan spatula/sudu.Awas ya adunan panas.Adun hingga menjadi doh.Biarkan suam/sejuk sedikit.
- Sapu tangan dengan sedikit minyak dan bentuk doh menjadi bulat sebesar bola golf.
- Jika ingin membuat bentuk churros, masukkan doh ke dalam piping beg dan guna nozle close star.Picit doh ke atas kertas baking.Buat hingga selesai
- Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.Angkat dan toskan.Cucur Manis dan Churros sedia dinikmati
1 comments
Cantik!
ReplyDelete