Jom Kenali Ubi Kayu Kuning Dan Ubi kayu Putih | TIPS Cara Menyimpan Ubi Kayu Supaya Tahan Lama

By LiNa_Pg - Monday, April 05, 2021

 Assalamualaikum....

Hari ini saya cuma nak berkongsi tips dan berkongsi sedikit mengenai ubi kayu. Apa perbezaan antara ubi kayu putih dan ubi kayu kuning. Selalunya dalam video kuih berasaskan ubi kayu, saya menggunakan ubi kayu kuning. Ramai yang tanya saya perbezaan antara kedua jenis ubi kayu ini. Juga saya akan kongsi TIPS yang selalu saya praktikkan untuk menyimpan ubi kayu. Ubi kayu kalau dibiarkan begitu sahaja akan menjadi busuk dan masuk angin perbezaan ubi kayu kuning dan ubi kayu putih, jenis ubi kayu,cara simpan ubi kayu supaya tahan lama, variasi ubi kayu, petua dapur,tips dapur lina pg,

Dalam gambar ini merupaka ubi kayu kuning.
Perbezaan ubi kayu kuning dan ubi kayu putih ialah:
  1. Kulit ari ubi kayu putih adalah berwarna merah jambu atau pinkish sedikit.Manakalau ubi kayu kuning kulit arinya berwarna putih dan kekuningan.
  2. Manakala kulit di bahagian dalam ubi kayu putih berwarna putih dan ubi kayu kuning berwarna kekuningan
  3. Ubi atau isi ubi kayu.Ubi kayu kuning nampak agak jelas ubinya berwarna kuning, manakala ubi kayu putih memang putih suci warnanya.

Untuk TIPS cara simpan ubi kayu pulak selalunya saya akan parut siap2 dan masukkan ke dalam zip lock dan simpan di bahagian sejuk beku/frozen.InsyaaAllah tahan berbulan-bulan.

Okey itu sahaja tips simple untuk hari ni.Boleh tengok dengan jelas di youtube

  • Share:

You Might Also Like

0 comments