Jus Buah Naga Keenakannya Sungguh Berbeza

By LiNa_Pg - Thursday, April 29, 2021

 Assalamualaikum...

Hari ini anak-anak bercuti sempena Nuzul Al-Quran, bagi follower blog TMK yang bercuti PH saya ucapkan selamat bercuti, bolehlah masak istimewa siket kan hari ini.Tapi resepi kita hari ni simple jer iaitu jus buah naga.Resepi ni ada buat awal-awal puasa lagi, pernah guna buah naga putih juga, rasa tetap sama cuma warna kurang menarik siket.Bila guna buah naga merah barulah berseri-seri warnanya.Kalau letak ais krim kata atas tu lagilah sedap.Tapi bulan puasa ni memang tak adalah aiskrimnya...

Sebelum tu kalau kawan-kawan nak cari idea yang fresh juadah berbuka puasa boleh terus ke youtube saya yea..search jer YouTube malina lina pg

jus buah naga,resepi jus buah naga,buah naga merah,khasiat buah naga, cara buah jus buah naga merah,
Memanjang posing ada daun daun pudina secotek kat atas tu kan hehee..Sebenarnya pokok pudina tengah merimbun dalam pasu.Lagi kita petik makin galak tumbuknya.Seronok pulak bila dapat petik yang segar dari pasu.Eh!tiber keluar topik daun pudina pulak

Jus Buah Naga Mudah dan Sedap
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
1 biji buah naga merah
250ml ais krim soda
1 sb susu pekat manis (optional)
Ais secukupnya

Cara-Cara
  1. Buah naga dibelah dua kemudian potong kecil (lina pg skop guna sudu sahaja)
  2. Masukkan potong buah naga ke dalam pengisar,masukkan susu pekat manis dan aiskrim soda.Kalau nak kisar bersama ais boleh masukkan ais ke dalam pengisar (lina pg tidak masukkan ais ke dalam pengisar)
  3. Kisar hingga halus.Sediakan gelas, masukkan ketulan ais dan tuang jus buah naga.
  4. Letakkan daun pudina sebagai hiasan.Jus buah naga juga enak dihidangkan bersama aiskrim.Selamat mencuba.
  5. Untuk video tutorial, sila klik buatng PLAY di bawah

  • Share:

You Might Also Like

0 comments