Kuih Buah Melaka Pulut Hitam Lebih Sedap Guna Bahan Rahsia Ini

By LiNa_Pg - Thursday, April 15, 2021

 Assalamualaikum...

Kalau bulan ramadan memang tak sah kalau nak menjamu selera dengan sesuatu yang manis ketika berbuka puasa.Kuih buah melaka atau onde onde semestinya menjadi pilihan.Boleh dikatakan mesti akan buat paling tidak sekali dalam bulan puasa dia punya feel bila berbuka dengan kuih kelepong ni memamg sedap lain macam.Tambahan pula kalau gigit gula nisannya cair hurmmm memang sangat heaven la.Pernah juga dulu time malas nak buat main beli jer kat bazar ramadan sebab teringin dengan harapan kuihnya sedap seperti yang diidamkan.Harga tu tak kisahlah kalau mahal sedikit sebab kuih tradisional ni memang agak remeh.Tapi itulah kalau yang beli (bukan semua la)selalunya bila gigit gula nisan hilang dari radar huhuuu seolah-olah makan tepung pulut salut kelapa parut jer.Itu masih ok kalau kelapa parut tak masam.Selalunya orang akan cakap kenapa tak buat jer sendiri, memanglah boleh buat sendiri tapi kadang-kadang nak juga support peniaga bazar ramadan mereka kan mencari rezeki.Tapi bila asyik kena macam tu terasa malas jugaklah nak beli.Tambahan sekarang ni SOP bazar ramadan sangat ketat..memang tak pergi teruslah jawabnya.

Panjang bebel hari ni, okey berbalik kepada resepi kita hari ini iaitu kuih buah melaka pulut hitam, memang sedap tau.Tekturnya sangat lembut tak terlalu liat dan bila gigit sangat mudah.Kali ini saya menggunakan santan sederha cair menggantikan air.Selalunya kalau buat onde-onde kita guna tepung pulut dan air pandan kan?Cuba tukar guna santan pulak memang sedapnya lain macam tau.Kalau tak nak guna pulut hitam pun tak apa, guna jer resepi yang biasa korang buat cuma gantikan santan.Okey untuk pulut hitam pulak saya kisar beras pulut hitam dan guna anggaran 1 sudu besar sahaja.Sajalah bagi kelainan selalu guna pandan dan warna hijau jer bosan jugak la.Bila guna pulut hitam,kuih buah melaka jadi warna pepel yang menarik dengan pewarna semulajadi.

Resepi kuih buah mulong atau kekoh char ni saya baru publish di youtube.Kalau selepas ini ada resepi yang tidak berkaitan dengan puasa itu bermakna resepi yang tertangguh sebelum ini.

resepi kuih buah melaka, buah melaka sukatan cawan,kuih buah melaka pulut hitam,tips kuih onde onde tahan lama dan lambat basi,kuih klepom,kuih kekok car, buah mulong kelantan,
Hurmm kalau tangkap gambar kuih yang ada kelapa parut macam ni mesti ke laut dalam gambarnya.
Resepi Kuih Buah Melaka Pulut Hitam
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan  Bahan
1 cawan tepung pulut
1 cawan santan sederhana 
1 sb tepung pulut hitam
1 sb tepung gandum
gula melaka/gula nisan (secukupnya)
sedikit garam
kelapa parut
daun pandan
air

Cara-Cara
  1. Satukan tepung pulut,tepung pulut hitam,tepung gandum dan sedikit garam.Gaul rata bahan kering.
  2. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil uli menjadi doh (tak perlu habiskan santan)
  3. Ambil sedikit doh anggaran sebesar guli dan masukkan inti gula nisan dan bulatkan doh.Ulang hingga doh habis.
  4. Didihkan air masukkan daun pandan supaya wangi dan rebus hingga kuih buah melaka terapung.Jika suka gula melaka cair sepenuhnya rebus lama sedikit.
  5. Masukkan bebola buah melaka yang direbus tadi ke dalam air biasa tujuan supaya dapat bersihkan residue/sisa tepung pada kuih jadi kuih akan tahan lama (lambat basi)Kalau tak buat langkah ini juga tidak menjadi masalah boleh terus salut dengan kelapa parut.
  6. Untuk kelapa parut, satukan kelapa parut,daun pandan dan sedikit garam.Kukus selama 10min supaya kelapa lambat masam.Kalau nak mudah, boleh masuk ke dalam microwave sekejap
  7. Salut buah melaka dengan kelapa parut.Kuih onde-onde buah melaka siap untuk dinikmati (selepas buka puasa hehee)

  • Share:

You Might Also Like

1 comments