Cucur Maggi Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

By LiNa_Pg - Monday, April 12, 2021

 Assalamualaikum...

Esok kita akan mula berpuasa, di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut ramadan mubarak.Semoga kedatangan ramadan yang mulia ini memberi seribu makna dan penuh berkat bagi kita semua.

Jelas sekali resepi hari ini tiada kaitan dengan menu berbuka dan bersahur hehe.Ini dipanggil n3 last minute.Kes nak habiskan resepi yang masih banyak tertangguh.Kita dahulukan resepi yang tiada kaitan dengan menu buka puasa atau sahur.Resepi lauk dan kuih boleh selit masa ramadan nanti.InsyaaAllah lebih banyak resepi dan video masakan akan saya siarkan di youtube.Kalau nak cari idea boleh terus ke youtube lina pg yea..Kat blog ni, kalau saya ada masa insyaaAllah akan saya update juga.

Resepi cucur maggi ni dah banyak kali saya buat sebelum buat video pun dah banyak kali repeat.Memang dak sarah suka sangat makan cucur ni.Sampaikan mama dia cakap kalau nak makan cucur maggi, mama masukkan segala sayur..adik nak makan ke?Katanya okey dia akan makan...saya pun buatlah dan dengan sengaja letak sayur banyak2..hurm surprisingly boleh pulak dimakan segala sayur dalam cucur ni.Kalau cucur biasher2 tu nampak ada daun bawang pun dia reject terus.Haaa..tak mau makan sayur sangat kannnnn...tengok jer la permainan mama dia...Cucur ni bukan budak2 jer suka,mak budak pun suka juga.Makan panas2 memang sedap sungguh.Kalau tak cicah apa2 pun dah cukup sedap.Kalau bulan puasa nak buat cucur maggi lepas solat terawih memang sesuai la...buat kudap2 sambil tengok tv dan alas perut menarik jugak tu

cucur maggi,cucur rangup, maggi nak masak apa,reespi cucur mudah dan sedap,idea minum petang,jemput jemput maggi,kuih simple,
Gambar ini sahaja yang dapat diselamatkan nasiblah saya ada save dalam hp sebab nak share ke IG.kalau tidak memang tak adalah gambar cucur maggi ni.Cucur ni saya buat masa bulan Februari lagi (masa laptop rosak) 

Cucur Maggi Rangup Di Luar Lembut Di Dalam
by malina lina pg  http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
1 bungkus maggi (rebus dan toskan)
1 cawan tepung gandum
1 sachet perencah maggi
1 biji telur
1/2 cawan udang (boleh guna jejari ketam atau apa sahaja)
1/2 batang karot (sagat)
Daun bawang/daun kucai
Cili merah
1/2 sudu kecil baking powder
Serbuk pati ayam
Air sejuk secukupnya (~1 cawan)
Minyak

Cara-Cara
  1. Maggi yang telah direbus digunting-gunting sedikit.
  2. Masukkan perencah maggi,telur,udang,karot,cili merah,daun bawang,serbuk pati ayam, serbuk penaik dan tepung gandum.
  3. Gaul sebati terlebih dahulu.Kemudian masukkan air sejuk (dari peti ais)TIPS supaya cucur rangup.Masuk air sedikit demi sedikit adunan tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  4. Rehatkan selama 10min.
  5. Panaskan minyak dan goreng cucur hingga garing.Angkat dan toskan.Cucur maggi sedia dinikmati.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments