Resepi Kuih Buku Manis (Bungkus Manis) Ubi Kayu atau Kuih Lepat Ubi Kayu

By LiNa_Pg - Saturday, April 03, 2021

 Assalamualaikum...

Ya Allah lama betul tak buat kuih warisan bonda lina pg ni. Kuih buku manis atau buku manis ni seingat saya last makan masa sekolah rendah lagi. Kalau tak silap darjah 5 macam tu la. Selalunya ubi kayu dicabut belakang rumah sahaja. Tugasan mengorek dan mencabut ubi dilakukan oleh abang saya,kemudian kami sama² kupas kulit dan mencuci ubi kayu. Manakala bahagian parut saya tak dibenarkan tak tahulah kenapa. Arwah bonda yang akan buat... semasa proses memarut selalunya saya dan abang akan mengambil daun pisang, layur atas api dan siat² mengikut saiz yang dikehendaki.

Sedang elok daun pisang sudah ready, bonda pun dah siap parut ubi.Masa ni saya jadi pemerhati sahaja, tengok macam mana bonda buat, tak de terfikir nak belajar ke apa..yalah budak lagi mana ambil pot buat2 kuih ni yang dia tahu cuma bahagian makan sahaja.Yang saya ingat bonda ada masukkan santan, gula nisan/nisan kerek.Kemudian balut2 dengan daun pisang bentuk macam pulut inti.Kalau di negeri lain dibungkus seperti kuih lepat.Berbekal ingat2 lupa tu saya buat video resepi kuih bukuh manis ni.Alhamdulillah sedap lembut lemak manis.Manakala yang bentuk seperti lepat tu boleh meliut-liut.Sebenarnya sedikit kesilapan teknikal semasa masak gula nisan, sepatutnya kena reneh sampai pekat...tapi saya cuma masak hingga gula hancur.Padahnya adunan jadi sedikit berair, rasanya bonda buat adunan tidak begitu berair.Akan tetapi, kesilapan teknikal tu menjadikan tektur kuih lebih lembut dan sedap.Inilah yang dikatakan durhaka tanpa sengaja sebab saya lupa terus bab air gula tu.Bila sembang dengan kak embun kasih rosaliza barulah sama2 macam dejavu cara buat kuih ni.Beginilah kan anak2 yatim piatu yang rindukan masakan bonda tersayang.Kalaulah bonda masih ada mesti boleh call dan bertanya itu ini.

Kalau sebut pasal arwah bonda mesti hati terasa sayu...Jom kita semak resepi kuih bukuh manis resepi bonda lina pg

resepi kuih buku manis, bukuh manis kelantan, cara buat kuih bungkus manis, resepi kuih lepat, kuih lepat ubi kayu, kuih buku manis bonda lina pg, kuih warisan bonda,kuih tradisional, kuih kelantan, kuih ubi kayu,
Saya agak bernasib baik sebab kuih buku manis saya ada transfer ke dalam hp sebab nak post ke IG.Jadi ada jugaklah gambar untuk paparan dalam blog.Kalau tidak, memang kena harapkan thumbnail dari youtube sahaja.

RESEPI KUIH BUKUH MANIS
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
500g ubi kayu parut
1 cawan gula merah (boleh guna nisan/gula melaka)
1 cawan air
1 sudu besar gula pasir
2 helai daun pandan
1//3 cawan santan pekat (lina pg guna santan kotak)
sedikit garam
daun pisang

Cara-Cara
  1. Satukan gula merah,gula pasir,air,garam dan daun pandan.Masak hingga pekat.Seeloknya hingga air gula menjadi 1/2 cawan sahaja.Kemudian tapiskan dan biarkan suam/sejuk.
  2. Ubi kayu parut dimasukkan ke dalam mangkuk besar, kemudian tuang air gula tadi dan santan pekat.Gaul sebati.
  3. Sediakan daun pisang, letakkan anggaran 2 sudu adunan ubi dan balut seperti pulut inti.Boleh juga dibalut seperti lepat.
  4. Kukus selama 25min (hingga masak) guna api sederhana sahaja.
  5. Biarkan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dimakan.Kalau makan semasa panas, kuih akan comot.
Note:
Jika ubi kayu berair selepas diparut, perah dan tapiskan airnya.Ambil sagu dan masukkan semula ke dalam adunan.
Daun pisang disapu dengan sedikit minyak supaya kuih tidak melekat.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments