Kuih Getuk Ubi Kayu Sedap Sungguh Makan Panas Panas | kuih isabella
Assalamualaikum...
Kuih getuk ubi kayu makin susah nak jumpa orang jual tepi² jalan. Kalau dulu kat simpang area perumahan ni ada jual abang jual pisang goreng ni menyelit sekali ubi getuk, tapi sekarang dah tak ada, tak pasti sama ada kuih getuk ubi kurang mendapat sambutan atau si tukang jual sudah tidak mahu menjualnya. Saya memang suka makan ubi getuk ni, kalau kebetulan lalu waktu petang, mesti singgah beli pisang dan ubi getuk... walaupun makan cuma seketul dua tapi sangat enjoy menikmati kuih² lama macam ni.
Kuih ubi getuk sebenarnya unplan, terbuat tanpa sengaja. Kebetulan masa tu saya balik kampung (kuih ni saya buat tahun lepas hahaaaa) masa ni boleh rentas negeri. MIL berikan ubi kayu, alamakkk saya pun agak bizi masa tu, jadi tersadai begitu saja. Bila kupas kulit ubi dah masuk angin, jadi rebus jer dulu... terus teringat nak buat ubi getuk.Owh rupanya senang sangat buat ubi getuk ni... stok kelapaparut pun memang sentiasa ada yang frozen. Apalagi ON terus projek ubi getuk..
- Ubi kayu direbus bersama air secukupnya bersama sedikit garam.Rebus hingga masak (jangan terlalu lembek)
- Angkat dan toskan.Tumbuk ubi dan biarkan suam sedikit.
- Masukkan kelapa parut,gula dan adun hingga menjadi doh.
- Bulat-bulatkan doh sebesar bola golf/saiz yang sesuai mengikut kreativiti masing-masing.Ketepikan sebentar.
- Satukan tepung beras,tepung gandum,garam,kunyit dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga menjadi bancuhan goreng yang tidak terlalu pekat/cair.
- Panaskan minyak, celup doh yang dibulatlkan tadi ke dalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.
- Getuk ubi sedia dimakan.Boleh makan bersama sambal kicap atau makan begitu sahaja.Selamat mencuba.
- Video tutorial, sila klik paparan di bawah
0 comments