Resepi Putu Mayam Ubi Kayu Sedap Dan Mudah | kuih tradisional kelantan | putu mayam bonda linapg

By LiNa_Pg - Tuesday, April 06, 2021

 Assalamualaikum...

Pernah makan putu mayam ubi kayu tak? Kalau bukan orang kelantan atau tak ada ikatan dengan orang kelantan, mesti tidak pernah merasa keenakan putu mayam ubi kayu ni. Kalau putu beras atau putu mayang guna bihun tu kira biasalah kan? Putu mayang ubi kayu ni unik siket berbanding putu² yang lain. Saya sendiri tak pasti mana satu ejaan yang betul sama ada putu mayam atau putu mayang. 

Resepi putu mayam ubi kayu ni merupakan resepi warisan arwah bonda tersayang. Selain Poli ubi kayu, buku manis, kuih putu mayam antara yang selalu bonda buatkan. Tetapi yang paling kerap ialah poli ubi kayu. Resepi poli ubi kayu, saya ada buat video jugak. Dah post lebih awal di youtube tapi resepi putu mayam ni potong Q resepi2 yang lain.InsyaaAllah saya cuba update kat sini pulak.Doalan semoga saya terus rajin menulis.

Kalau yang follow blog ini dan terbaca post sebelumnya, kisah ubi kayu tu... ha inilah dia resepi ubi kayu menggunakan ubi kayu kuning yang saya post sebelum ni. Ubi kayu diparut/sagat kasar sahaja. Lebih mudah dan cepat siap. Putu mayam ni dimakan bersama kuah yang lemak² manis. Seakan kuah serabai tapi tidak terlalu pekat. Kuahnya seakan serawa atau tektur pengat. Kalau yang dah mencubanya pasti akan jatuh cinta dengan kuih² lama ni..

putu mayam, putu mayang,resepi putu mayang ubi kayu, putu beras, kuih putu mayam ubi kayu, kuih tradisional kelantan, resepi kuih ubi kayu,
Macam nilah rupa putu mayam ubi kayu...siram dengan kuah lemak lemak manis tu hurmm bermangkuk-mangkuk boleh habis...Sedap sungguh dan menggamit nostalgia.

Resepi Kuih Putu Mayam / Putu Mayang Ubi Kayu Bonda Lina Pg
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
800g ubi kayu
500ml santan sederhana 
3 keping gula nisan/nisan keret (180g)
2 helai daun pandan
1 sudu besar gula pasir
1 biji telur
1 sudu besar tepung beras
sedikit garam
daun pisang untuk alas
sedikit minyak

Cara-Cara
  1. Ubi kayu diparut/sagat kasar sahaja.Kemudian lalukan dengan air paip (bahagian ini tak wajib buat tapi sebab saya nampak banyak kanji, takut kembung perut)
  2. Sediakan loyang pengukus dan letak daun pisang dan sapu sedikit minyak.Tompok-tompokkan ubi kayu parut tadi ke atas daun pisang.Lina pg guna acuan/bekas yang sama untuk setiap tompokan supaya saiznya seragam.
  3. Kukus selama 20-25min (hingga masak)
  4. Sementara itu kita buat kuah putu mayam.Satukan telur,tepung beras dan bancuh dengan sedikit santan hingga sebati.Ketepikan.
  5. Dalam periuk, satukan santan,gula nisan,gula pasir,garam dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan telur tadi.Kacau sebentar kemudian tutup api.
  7. Hidangkan kuah bersama putu mayam ubi kayu.Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments