Semperit Dahlia Susu 3 Bahan Tips dan Teknik Supaya Bunga Tidak Jatuh
Assalamualaikum....
Dah mula buat biskut raya ke tu?Bila nampak popular post dah mula naik biskut-biskut raya yang lama dalam blog ni bermakna raya dah tak lama lagi.Setakat ini rumah kami baru ada satu jenis biskut raya iaitu semperit susu.Nama jer semperit susu tapi bentuknya Dahlia hehee...main langgar jer kan?Sepatutnya kalau semperit yang bentuk panjang tu macam tat gulung terbalik kalau bentuk bunga tu namanya DAHLIA.Kat rumah kami Semperit/Dahlia dua-dua pun anak-anak suka tak kira yang klasik atau varian baru semperit susu...yang pasti tak dan nak beraya dah tinggal sebaris jer...yang banyak kelihatan cuma kertas lapik jer hahah...
Resepi semperit susu ni kalau kita tengok resepinya lebih kurang sahaja.Tapi hasilnya berbeza-beza?kenapa?sebab ianya bukan sekadar resepi yang paling penting ialah tips dan teknik yang betul barulah hasilnya memuaskan.Resepi dan sukatan yang sama belum tentu hasilnya cantik dan menarik, kelopak tetap jatuh dan penyet bukan salah resepi tetapi salah diri sendiri sebab tidak ikut betul-betul tips yang diberikan.Di sini saya akan kongsikan tips supaya kelopak tidak jatuh
Ini merupakan resepi terbaru di youtube saya baru pusblish kelmarin,jadinya banyaklah gambar-gambar hehe.
- Potong mentega kepada kiub kecil.Pastikan mentega telah lembut.LEMBUT tetapi bukan LEMBEK ya..
- Masukkan susu pekat manis dan gaul rata dengan mentega menggunakan spatula sahaja.Gaul/kacau sekadar sebati sahaja dan nampak berkrim (JANGAN TERLALU KEMBANG)Nanti bunga akan jatuh.
- Masukkan tepung jagung dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
- Tutup doh dengan plastik wrap dan rehatkan doh selama 10-15min.Sementara itu bolehlah potong ceri.
- Sediakan loyang/tray sapukan dengan mentega supaya biskut tidak melekat, ambil doh dan masukkan ke dalam acuan semperit/dahlia dan tekan/terap mengikut kreativiti masing-masing.
- Semasa proses menekan bunga dahlia/semperit pastikan baki doh bertutup untuk mengelakkan doh menjadi keras dan sudah untuk ditekan.
- Hias dengan potongan buah ceri.Biarkan selama 20min (proses anginkan supaya bunga tidak jatuh apabila dibakar nanti.
- Sementara menunggu 20min bolehlah panaskan oven suhu 150'c
- Bakar selama 20-25min (hingga masak) tempoh membakar bergantung kepada suhu dan jenis oven masing-masing.
- Setelah bakar, biarkan biskut sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari dulang (untuk elakkan biskut pecah)
- Setelah sejuk,alihkan ke redai besi.Simpan dalam bekas kedap udara.Selamat mencuba.Untuk video tutorial sila klik paparan di bawah
0 comments