Assalamualaikum....
Hai semua dah ada idea nak buat minuman apa untuk berbuka?Kalau belum ada idea,bolehlah cuba air soda herbs ni.Kombinasi bahan-bahan yang digunakan sungguh beraroma dan sangat menyegarkan selepas seharian kita berpuasa.Mula-mula saya pun agak risau sebab resepi soda herbs ni ada dimasukkan serai,haish tekak boleh terima ke tak ni?Rupanya memang sedap.Aroma serai dan daun pudina tu menaikkan selera, ada pulak rasa masam-masam manja dari perahan lemon dan manis dari asam boi tu pergg memang sedap sungguh la resepi pun senang main tuang-tuang dalam jag dah siap.
AIR SODA HERBS
by mallina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
1 tin laici/longan (ambil buah sahaja)
1 biji lemon
5 biji asam boi
1 batang serai
daun pudina
ais krim soda secukupnya
ais secukupnya
Cara-Cara
- Sediakan jag atau mangkuk besar.Masukkan ais secukupnya.
- Masukkan hirisan lemon,daun pudina, serai,asam boi,buah laici/longan.
- Perahkan jus lemon.Tuang ais krim soda hingga memenuhi bekas/jag.
- Air soda herbs sedia dihidang.Selamat mencuba
0 comments