Assalamualaikum....
Awal betul dah merendang, sajalah nak share idea bagi sesiapa yang nak buat rendang versi yang berbeza.Selalunya kalau masak rendang kita akan guna santan kan?tak kiralah sama ada santan segar atau santan kotak.Tetapi kali ini saya menggunakan susu sejat menggantikan santan.Memang sedap tau.Rendang tetap cantik berlinang seakan sama rupa paras rendang yang menggunakan santan.Rasa lemak-lemak susu sejat menyedapkan lagi rasa rendang.
Cantik kan kombinasi warna rendang ni, naik berselera kalau kita tengok.Hurmm lepas ni kalau ke market/pasar nak beli santan untuk buat rendang tapi santan habis, jangan risau guna jer susu cair/susu sejat insyaaAllah rendang tetap sedap
RENDANG AYAM TANPA SANTAN
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan²
1 ekor ayam (atau 1kg daging)
15g rempah rendang (½ paket kecil)
150ml minyak masak
4 sudu besar Kerisik
2 sudu kecil pes asam
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, potong nipis
2 sudu kecil geram
2 sudu besar gula merah
1 tin susu sejat (susu cair)
bahan rempah (kisar)
6 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 inci kunyit
2 inci halia
2 inci lengkuas
6 batang serai
100g pes cili giling (anggaran 3 sudu besar)
4 sudu besar minyak masak
Cara-Cara
- Kisar semua rempah menjadi pes.
- Panaskan periuk saiz serdahana dengan minyak, tumis rempah adunan selama 15min atau beraroma dan pecah minyak.
- Masukkan serbuk rempah rendang dan masak selama 2min.
- Masukkan ayam, masak dengan api kecil selama 30min, sehingga daging/ayam masak.
- Masukkan kerisik, daun limau purut, daun kunyit, dan pes asam jawa. Masak selama 2min.
- Masukkan susu sejat/susu cair, garam dan gula. Biarkan masak selama 15min sehingga kuah jadi pekat.Reneh lebih lama sekiranya suka rendang yang lebih kering.Lina pg suka rendang yang basah-basah lebih sedap makan dengan ketupat barulah kuahnya berpalut
- Keluarkan rendang dan hias dengan daun kunyit.Selamat mencuba.Video tutorial klik paparan di bawah
0 comments