Assalamualaikum....
Lepas raya ni selera nak makan yang lemak-lemak rasa kureng dah....jom kita kembali ke pangkal jalan,buat sup simple semudah ABC.Sup ni tak perlu tumis semua pun main lebur jer.Sangat bagus untuk kesihatan tanpa minyak dan sangat berkhasiat.Kalau nak makan sup semata pun boleh juga tanpa nasi kerana nutrisi sup abc ni dah lengkap.Ada kentang untuk karbo sebagai pengganti nasi.Pendek kata makan sup pun kenyang la.
kalerful gitu penuh ceriaSUP ABC
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan
10 ketul ayam
1 tongkol jagung manis (potong ketebalan 2cm)
2 batang karot (buang kulit-potong baji)
2 ketul ubi kentang (belah 4)
2 biji tomato belah 4
2 labu bawang holland (belah 4)
2 kiub ayam
1 sudu kicap cair
Serbuk lada sulah
Garam+gula/perasa (jika perlu)
1 liter air (atau secukupnya)
Daun bawang
Cara
- Sedia periuk masukkan ayam, kentang, karot,jagung, 2 potong tomato, air, kiub ayam dan kicap cair.Tutup periuk dan biarkan hingga ayam masak.
- Setelah mendidih dan ayam masak, masukkan sedikit garam dan serbuk lada sulah, buah tomato dan bawang holland.Tutup periuk sekejap supaya bawang dan tomato lembut.
- Tutup api dan sup abc sedia dihidang.Tabur daun bawang untuk hiasan.Selamat mencuba
2 comments
Nampak sedap kejadiannya
ReplyDeleteSimple tapi sedap hehee
ReplyDelete