Resepi German Cookies Gebu Dan Sedap | biskut raya paling senang dan mudah nak buat
Assalamualaikum..
Hai semua hari ini saya nak kongsikan satu resepi biskut raya yang sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan.Cara penyediaan pun ringkas sahaja, cuma gaul guna spatula atau senduk sahaja.Sesuai sangat bagi mereka yang tiada peralatan 'baking' di rumah.Resepi biskut 'German Cookies' ini tidak menggunakan telur, bahannya cuma tepung, butter dan gula.3 bahan sahaja, mudah kan?Kalau nak warnakan boleh letak sedikit pewarna itupun sekadar optional sahaja supaya nampak menarik dan ceria.
Bagi mereka yang ambil tempahan biskut raya, boleh cuba German Cookies ni insyaaAllah sedap tau.Beli jer satu bekas vivo golden butteri, boleh buat biskut banyak-banyak.
Ceria kan..warna warni gitu.Rasa biskut ni lemak-lemak,gebu mcam makan butter cookies.
- Masukkan vivo golden butteri ke dalam mangkuk, kemudian masukkan gula aising.Gaul sekadar sebati sahaja.tak perlu kembang.
- Kemudian masukkan tepung kentang dan tepung gandum.Gaul sebati.
- Tutup bekas, dan simpan adunan ke dalam peti ais (bahagian chiller) selama 30min.
- Sementara itu sediakan loyang, alas dengan baking paper.
- Keluarkan adunan dari peti ais, bahagikan kepada 3 bahagian.Warnakan mengikut warna kegemaran masing-masing.
- Sebatikan adunan dengan warna tadi.
- Guna sudu metri sukatan 1/2 sudu besar untuk membentuk bebola (tips supaya dapat saiz yang seragam)
- Bulatkan doh dan tekan leper sedikit.Susun ke dalam tray/loyang.
- Celup garfu ke dalam air (Tips supaya adunan tidak melekat) tekan garfu pada doh untuk membentuk corak atas biskut.
- Bakar pada suhu 160'c selama 30min (hingga masak) guna api atas dan bawah.Note suhu dan tempoh membakar bergantung kepada jenis dan kapasiti oven masing-masing.
- Setelah biskut siap dibakar alihkan ke redai penyejuk.Setelah biskut sejuk sepenuhnya, simpan dalam bekas kedap udara.selamat mencuba