Sup Ayam Chinese Style

By LiNa_Pg - Friday, January 07, 2022

 Assalamualaikum semua...

Masih membara tu semangat buat n3, harap konsisten la.Okeylah hari ni saya nak share satu resepi mudah iaitu sup ayam chinese style.Sup ni dah banyak kali juga saya buat dan sangat digemari oleh anak-anak.Cumanya sup ini tidak pedas, kalau tekak melayu haruslah makan dengan sambal belacan haha.

Apa-apa resepi chinese ni memang sangat mudah dan sangat cepat disiapkan.Sup ayam ni juga tidak perlu ditumis, cuma lebur jer cuma mengikut tahap kelembutan bahan la.Contohnya buah goji beri tu kena masukkan di akhir sekali.

Masakan cina juga sangat terkenal dengan menu sihat, sama juga sup ayam chinese style ini menggunakan kurma merah, ini sangat bagus sebagai milk booster (kalau yang berpantanglah) manakala goji beri pula kaya dengan vitamin C sebab tu kena masuk last sekali supaya khasiatnya tak hilang.Bagi yang suka boleh juga masukkan angelica.Herba ni saya dalam peti ais tapi saya tak masukkan sebab budak Maisarah tak suka rasa angelica.

Kebanyakan kaum cina menggunakan ayam kampung atau ayam hitam untuk resepi sup ayam.Saya cuma guna ayam bandar jer, buat pun saja-saja sebab nak habiskan stok kurma merah dan goji beri yang masih banyak dalam peti ais.Okey jom kita semak resepi sup ayam 

sup ayam, resepi sup ayam sihat, resepi diet, resepi pantang, sup ayam chinese style, khasiat kurma merah, khasiat goji berry,
sup ni memang sedap dihirup atau makan begitu sahaja.Kalau nak makan dengan nasi pun boleh

Sup Ayam Chinese Style
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/

Bahan
10 ketul ayam
21 biji kurma merah
1 sb goji beri
4-5 kuntum shiitake mushrom (lina pg guna yang fresh)
Air secukupnya
Garam
Pati ayam
Serbuk lada sulah

Cara
  1. Masukkan ayam ke dalam periuk, masukkan air secukupnya untuk kuah.Tutup periuk dan biarkan mendidih.
  2. Setelah mendidih, buka periuk, jika ada kotoran dari ayam, keluarkan supaya kuah sup yang dihasilkan menjadi jernih.
  3. Masukkan kurma merah dan cendawan shiitake dan teruskan rebus/masak hingga ayam empuk.
  4. Setelah ayam empuk, masukkan garam, pati ayam, serbuk lada sulah dan goji beri.
  5. Reneh selama 5-10min.Tutup api.Sup ayam chinese style sedia dinikmati.Selamat mencuba
  6. Video tutorial sila tonton di youtube Malina lina pg

  • Share:

You Might Also Like

0 comments