Sup Buah Pear Bersama Goji Beri Dan Kurma Merah Sedap Dan Berkhasiat
Assalamualaikum...
Resepi pertama untuk tahun 2022, nampak macam bersemangat jer awal-awal dah ada posting hehee.Kita tengok la semangat dia boleh pergi takat mana hahaa.
Hurmm pernah makan sup buah pear tak?resepi ni saya belajar dari kawan chinese di tiktok katanya sangat bagus untuk untuk tekak, kalau korang ada batuk-batuk elok minum/makan sup ni.Bagi yang sihat walafiat pulak sup ni dapat menyejukkan badan sekarang ni kan dah start panas terik.Selain itu juga ia bagus untuk awet muda.Tapi kalau takat minum sekali dua tak de maknanya nak awet muda.Kenalah amalkan selalu dengan konsisten barulah nampak hasilnya.Bagi saya pula memang jenis yang suka cuba, tambahan pula kat rumah ni memang ada goji beri dan kurma merah, cuma beli buah pear jer la.Saya guna singo pear.Berbaloi sungguh walaupun kukus agak lama, bila dah siap en.husband suka, katanya sedap.Saya pun makan juga memang sedap.Lupa nak bagitau cara makannya ialah makan semua sekali ya termasuk buah pear tu (kulit pear jangan lak makan) sebab tu isinya kita korek sedikit sahaja untuk masukkan buah kurma dan goji berry.
- Cuci bersih buah pear, potong sedikit bahagian atas.
- Korek dan keluarkan sedikit isi di bahagian tengah.Jadikan buah pear seperti mangkuk.
- Masukkan goji berry dan kurma merah.
- Tuang teh bunga.
- Tutup dengan bahagian atas buah pear.
- Kukus selama 45min.Sedia diminum/makan semasa suam ataupun sejuk (terpulang selera)
1 comments
Yang sihat dan berkhasiat beginilah yang kita cari. Sedapnya Lina.
ReplyDelete