Roti Sosej Cheese Ala Corn Dog | idea sarapan ringkas
By LiNa_Pg - Friday, December 31, 2021
Assalamualaikum...
Resepi penutup 2021, ingatkan tahun 2021 ni rajin sangat main masak-masak dan buat video, rupanya hanya 91 posting sahaja sepanjang 2021 haha.Malam-malam pun gigih buat posting juga sebab tak mau resepi 2021 dibawa ke tahun 2022, kira kasi habis terus.Lagipun resepi mudah sahaja sekadar isi masa lapang sepanjang cuti sekolah.
makan panas-panas baru boleh main tarik-tarik.Kalau dah sejuk memang tak jadi dah
Roti Sosej Berkeju Ala Corn Dog
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
Roti
sosej
telur (pukul sedikit)
cheese mozarella
minyak
cara-cara
- Potong/gunting bahagian tepi roti, kemudian canai roti hingga nipis.
- Masukkan bahagian tepi/kulit roti ke dalam pengisar kering/chopper dan kisar halus.Jadikan serbuk roti homemade.
- Didihkan air rebus/celur sekejap sosej.Angkat dan toskan.
- Potong sosej kepada 3 bahagian.Terpulang kreativiti.
- Sediakan roti yang telah siap dicanai dan letakkan sosej,biarkan kosong sedikit di bahagian tengan dan letakkan cheese.
- Gulung dengan kemas, sapu telur bahagian hujung roti supaua melekat kemudian sapu/celup ke dalam telur dan salut dengan serbuk roti.
- Goreng hingga kuning keemasan.Angkat dan hidangkan.
- Video tutorial boleh tonton di youtube malina lina pg
1 comments
Tudia..tq bg idea kisar hujung roti tu utk dijadikan breadcrumbs. Selalu Ammi gigih cicah dlm kopi mkan sbb syg nak buang
ReplyDelete