Assalamualaikum...
Rasa macam tak ada idea nak mengarang panjang.Resepi kita hari ini ialah nasi kak wok.Sebenarnya saya pernah kongsikan dalam blog TMK, cuma kali ni terajin siket rekod dan buat video.
Kalau buat nasi macam ni boleh makan dari lunch membawa ke malam.Senang kije sekali jer penat.Sambal belacan pulak kalau ada balance, boleh simpan dalam peti ais.
Resepi Nasi Ala Kak Wok
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
inspired by : kak rozmaliza omar
Bahan A (Nasi Putih)
Beras
Air (bergantung kepada jenis beras)
Daun Pandan
Cara
- Masak seperti nasi putih biasa
Bahan B (Gulai Ayam)
400g ayam (bahagian kaki,sayap, leher)
4 labu bawang besar merah (kisar)
5 ulas bawang putih (kisar)
1 +1/2in halia (kisar)
1 +1/2in lengkuas (kisar)
3 sb rempah kari ayam
1 sb rempah kerutub
5 tangkai kacang panjang
Terung potong kecik2
Karot
200ml santan
Garam
1 inci gula nisan
kiub ayam
2 asam keping
air
minyak
Cara-Cara
- Perap ayam bersama rempah kari dan rempah kerutuk.Ketepikan/perap sekejap.
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi tak perlu garing sangat.
- Kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi.Tumis sebentar dan tutup periuk untuk kecutkan ayam.
- Masukkan sedikit air supaya bahagian kaki ayam cepat lembut.Tutup periuk kembali hingga nampak bahagian kaki lembut sedikit.
- Masukkan santan (linapg guna santan kotak) kemudian tambah air (untuk kuah)
- Masukkan asam keping, gula nisan/nissan kerek, garam dan kiub ayam.
- Masukkan sayuran, terung, karot dan kacang panjang.Masak sekejap hingga sayuran lembut.
- Gulai Nasi kak wok dah siap.
Note:
Kuah gulai nasi kak wok sedikit cair dan tidak terlalu pekat seperti gulai ayam biasa dan tidak menggunakan rempah penumis (bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengih dan pelaga)
Bahan C (Ayam Goreng)
350g ayam potong kecil
jus limau nipis
garam
maggi cukuprasa
1 sk serbuk kunyit
1 sk serbuk cili
cili merah,cili hijau, cili padi
bawang holland
minyak
Cara2nya
- Perasakan ayam dengan perahan jus limau nipis.TIPS supaya isi ayam juicy dan tidak kering bila siap digoreng.
- Kemudian perasakan dengan garam, serbuk kunyit, serbuk cili, maggi cukuprasa.
- Gaul rata dan perap selama 15min.
- Panaskan minyak (agak banyak kerana kita perlu goreng secara terendam)
- Masukkan ayam yang telah diperap tadi.Goreng hingga masak dan sedikit garing.
- Masukkan cili dan bawang holland.Kacau sebentar supaya bawang layu.Angkat dan tapiskan.
Bahan D (sambal belacan nasi kak wok)
1 labu bawang holland (bakar)
3 ulas bawang putih (bakar)
1cm belacan (bakar)
1 biji cili merah
15 biji cili padi merah dan hijau
50ml air asam jawa
2 biji jus limau nipis
Cara
- Satukan semua bahan dan kisar kasar sahaja.
- Seimbangkan rasa, tambah garam, gula dan perasa.
Note :Jika menggunakan limau kasturi, boleh kisar bersama kulit tapi JANGAN LUPA BUANG BIJI tau.Nanti sambal belacan rasa pahit.Atau boleh juga hiris kulit limau kasturi dan masukkan ke dalam sambal.Kalau guna limau nipis ambil jus sahaja.Jangan memandai kisar dengan kulit pulak
2 comments
Nice! Memudahkan mereka yang tercari-cari resepi nasi ni!
ReplyDeleteAduh sedapnya.
ReplyDeleteTerima kasih share resepi lengkap ni