Assalamualaikum...
Rasa macam buntu nak mengarang...Kita buat n3 ringkas sajalah.Resepi hari ini ialah singgang sotong, selalunya kat rumah ni kalau beli sotong asyik ulang masak serai atau sambal tumis jer.Pi mai ulang yang sama jer.Kali ni buat lain siket, kalau nak buat style asam rebus pun boleh.Lebur jer semua bahan tumbuk.Untuk versi kali ini saya tumis hingga garing terlebih dahulu.Terpulang citarasa masing-masing nak rebus atau tumis.Janji seimbang rasa masam, pedas, masin tu sedaplah dia.
Simple jer resepinya, kalau nak lagi sedap tambah goreng ikan masin makan dengan nasi panas..memang mantap
Resepi Sotong Masak Singgang
By Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
bahan tumbuk
2 biji cili merah
1 biji cili padi (boleh tambah jika suka lebih pedas)
1 cm halia
1 cm belacan (optional)
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm kunyit hidup (kalau tak ada gantikan dengan serbuk kunyit)
bahan lain
400g sotong
2 asam keping
1 batang serai ketuk/titik
tomato
cili padi
air
minyak
garam dan perasa
Cara-Cara
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk bersama serai hingga sedikit garing.
- Masukkan air , garam, perasa dan asam keping.Biarkan kuah mendidih terlebih dahulu.
- Pastikan kuah dah seimbang, masukkan sotong.Masak sekejap sahaja supaya sotong tidak liat.
- Masukkan cili padi dan buah tomato.Tutup api.Sotong masak singgang dah siap.
0 comments