Tips Cuci Lala Untuk Hilangkan Pasir Dan Selut | Cara Simpan Lala Dalam Peti Ais
Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu semua, kebiasaannya hujung minggu begini, kaum ibu akan ke merket (market) atau pasar untuk membeli barang-barang basah.Kalau kat rumah kami selalunya stok bahan basah dibeli untuk seminggu.Kalau kebetulan ada jual lala/kepah selalunya en.husband akan beli sebab kami memang suka makan lala/kepah ini.
Sesuatu yang kami kurang gemar bila menikmati lala atau makanan laut yang bercengkerang ialah tiba-tiba dapat seperaissss keluar selut.Alamak memang potong mood makan kan?Ok hari ini saya nak kongsikan satu tips untuk bersihkan lala dari pasir selut dan sebagainya.Tips ini sesuai untuk remis, kepah dan apa sahaja yang bercengkerang.Tips cuci lala ini saya belajar dari TikTok..terima kasih.Cara simpan lala hasil eksperimen saya sendiri.
Tips Cuci Dan Simpan Lala
By Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
- Mula-mula sekali bersihkan lala dengan air paip.Basuh sampai air jernih.
- Masukkan air ke dalam bekas berisi lala.Kemudian guntingkan cili kering pedas.Atau boleh juga guna cili padi merah.Pastikan cili yang PEDAS.Kalau tak pedas, memang tak menjadi.
- Rendam selama 30min atau bila dah nampak lala terbuka/ternganga.Bila dah ternganga kepedasan tu lala dah keluarkan/muntahkan segala pasir/selut yang ada dalam cengkerang.
- Kemudian bolehlah cuci seperti biasa.Toskan lala.
- Tips terakhir cara simpan lala supaya tak mati ialah masukkan ke dalam bekas tupperware bertutup dan simpan di bahagian chiller sahaja.JANGAN masukkan ke dalam peti sejuk beku/freezer nanti lala mati dan tak terbuka bila dimasak nanti.Selamat mencuba.
- Video tutorial boleh klik butang PLAY paparan di bawah.
2 comments
Bolehlah cuba nanti
ReplyDeleteKepedasan lala tu nganga mintak air ye haaha
ReplyDelete