Siakap Stim Limau Ala Thai Resepi Simple Dan Sedap Cuma Tambah 1 Bahan Rahsia Confirm Padu
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran, dah mula cuti sekolah ni takdelah kalut sangat kan?Masak dan aktiviti harian pun santai sahaja.Bagi mereka yang membawa anak-anak dan keluarga bercuti, saya ucapkan selamat bercuti dan bagi mereka yang tak ke mana-mana dan tercari-cari idea dan resepi untuk hidangan keluarga tersayang, apa kata cuba buat sendiri siakap stim limau ni rasanya sedap setanding hidangan restoran Thai.
Sebelum berkongsi resepi siakap stim limau ni saya nak bercerita siket, sebelum ini dah banyak resepi yang saya cuba tapi rasanya macam ada sedikit 'lack' macam 'tak sampai' tak sama macam makan kat restoran Thai.Sedap tu sedap la tapi kureng umphhh.Rupanya ada bahan rahsia yang menjadikan kuah/sos siakap stim tu PADU...iaitu AIR JERUK BAWANG PUTIH.Bila tambah sedikit sahaja air jeruk bawang putih ni, memang sedap dia lain macam.Sebiji macam restoran Thai.Selama ini dok buat memang sedap tapi ada rasa sedikit hambar...rupanya itu rahsianya.Tips ni saya dapat dari tiktok.Resepi yang saya share kat sini ialah resepi saya sendiri, tipsnya dari tiktok...terima kasih pada tuan punya tips
- Ikan siakap dicuci bersih, kelar dan lap dengan tisu hingga kering.
- Perah jus limau nipis dan perasakan dengan sedikit garam.Ratakan jus limau dan garam ke keseluruhan ikan.
- Gunakan bekas tahan panas, alas bahagian bawah dengan batang serai atau chopstick.Kemudian letakkan ikan atas batang serai.Tujuan supaya ada pengaliran udara di bahagian bawah ikan dan ikan akan masak dengan sekata.
- Masukkan serai, akar ketumbar dan halia ke dalam bahagian perut ikan.Sisip halia di bahagian ikan yang dikelar.
- Kukus selama 25min (hingga masak)Pastikan air pengukus telah mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
- Sementara itu, jom kita sedikan sos untuk siakap stim limau.
- Satukan semua bahan B ke dalam mangkuk dan seimbangkan rasa.Kalau ikut sukatan yang lina pg berikan tak perlu tambah apa2 dah.Rasanya sudah seimbang.Tak perlu garam/aji.
- Setelah ikan siap dikukus, keluarkan air dari bekas ikan dan keluarkan semua bahan dalam perut ikan.
- Tuang sos yang disediakan tadi ke atas ikan dan sambung kukus selama 1 min sahaja.Tujuan supaya bawang putih layu sedikit dan segala sos meresap masuk ke dalam ikan.
- Kemudian letak hiasan daun salad, hirisan limau nipis dan daun ketumbar.Siakap Stim Limau Ala Thai sedia dihidang.Selamat Mencuba
1 comments
Oooo jeruk bawang putih rupanya rahsianya
ReplyDelete