Putu Halba Kelantan Resepi Mudah Dan Sedap | kuih musim banjir

By LiNa_Pg - Thursday, December 02, 2021

 Assalamualaikum...

Dah masuk musim tengkujuh ni sesuai sangatlah dengan resepi kita hari ini iaitu kuih putu halba yang sinonimnya muncul pada musim banjir atau musim bah.Kuih tradisional negeri Kelantan ini mempunya pelbagai nama iaitu putu halba ubi kayu, putu halba kelantan, kuih dalam kain, ade bare dale kain (ada barang dalam kain), kuih musim bah atau kuih musim banjir.Mungkin ada lagi nama-nama gelaran yang lain di luar pengetahuan saya.

Putu halba ubi kayu sudah tentulah bahan utamanya ubi kayu.Kebiasaannya penjual akan menggunakan ubi kayu kuning kerana warna kuih akan canti setelah siap dikukus.Kenapa kuih putu halba cuma ada pada musim banjir?salah satu sebabnya ialah ubi kayu paling banyak dan mudah didapati pada musim banjir dan kuih ini dapat memanaskan badan kerana diletakkan halba dalam kuih.Musim hujan selalunya kita akan cepat rasa lapar.Bila nampak orang berjualan di tepi jalan memang akan beli.Makan panas-panas lagilah sedap.

Kuih putu halba ini saya buat dah agak lama, masa PKP lagi.Kebetulan masa tu ada stok ubi kayu, bila teringin nak makan kita buat sendiri jer la.Tapi sekarang ni dah boleh rentas negeri kalau kebetulan balik kampung memang saya pun akan beli jer hahaha..Sebenarnya sebelum ini saya pernah buat kuih putu halba ni beberapa kali tapi rasanya kurang menepati citarasa saya sebab kuihnya agak keras bila dah sejuk sedikit.Kalau tak silap saya tahun lepas saya pernah buat dan saya juga ada rekod video.Memandangkan hasilnya tidak memuaskan hati, saya tak jadi publish video tersebut, hasilnya cuma saya post ke IG dan FB sahaja.Masa tu saya kukus guna acuan, hasilnya memang cantik dan agak menarik tapi rasanya kurang sedap.Oleh kerana tidak berpuas hati saya R&D dan buat lagi hingga saya betul-betul puas hati dengan rasa dan tektur kuih.Alhamdulillah sedap dan kuih pun tetap lembut walaupun dah sejuk.

Tips penting untuk dapatkan hasil kuih putu halba yang lembut ialah, wajib perah ubi kayu hingga betul-betul kering.Pendek kata kita makan hampas sahaja dan tektur ubi kayu parut kena berderai dan ringan.Kalau masih lembab dan agak berat lagi hasilnya memang akan keras lepas kuih sejuk.

Halba pula kena rendam supaya lembut, sebelum ini saya cuma basih dan masukkan terus ke dalam adunan, mak aih bila tergigit time makan keras berdenting hahaa...Belajar dari pengalaman betul ni.

Seterusnya halia dan serai wajib masukkan dalam kuih ni kerana dua bahan ini akan elakkan kita dari sebu/kembung bila makan ubi kayu.2 bahan ini kena perah juga dan masukkan 'hampas'nya sahaja ke dalam adunan.Kemudian air perasan serai dan halia tadi jangan buang tau, kita masukkan ke dalam air pengukus..nanti wangi jer masa kukus kuih putu halba ni.

Kain untuk balut kuih (semasa kukus) kena basahkan terlebih dahulu kemudian perah.Dalam video yang saya sediakan kain tu baru dibeli jadi tak begitu serap air..

kuih putu halba, putu halba kelantan, putu halba, kuih tradisional, kuih kelantan, kuih dalam kain, kuih musim banjir, resepi putu halba, putu halba malina lina pg, kuih berasaskan ubi kayu, ubi kayu, kuih,
putu halba dimakan bersama kelapa parut...sedap tau

Resepi Kuih Putu Halba Ubi Kayu
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
500g ubi kayu siap diparut
1/2 inci halia
1 batang serai 
1/2 sudu besar halba
1 keping gula nisan 
sedikit gula
kelapa parut + garam

Cara-Cara
  1. Perah ubi kayu hingga betul-betul kering.Kemudian masukkan ke dalam mangkuk
  2. Tumbuk halia dan serai.Kemudian perah hingga betul-betul kering.Simpan air perahan halia dan serai.Kemudian masukkan serai dan halia (yang diperah tadi) ke dalam mangkuk berisi ubi kayu.
  3. Kemudian relaikan ubi kayu..pastikan tekturnya berderai.Guna tapis/sejat untuk dapatkan tektur ubi yang halus.Ketepikan sebentar.
  4. Rendam halba ke bersama air panas supaya halba lembut/kembang.Lebih kurang 15min.
  5. Sementara itu, racik/sagat gula nisan dan campur sedikit gula pasir.Ketepikan sebentar
  6. Apabila halba dah lembut, lap dengan tisu dapur hingga kering.Kemudian masukkan ke dalam bekas berisi ubi kayu tadi.Gaul sebati.
  7. Sementara itu panaskan air pengukus.JANGAN LUPA masukkan air halia dan serai yang kita perah tadi ke dalam air pengukus.
  8. Untuk membentuk kuih putu halba lina pg menggunakan mangkuk sos dan juga penutup basuh tangan aluminium (boleh juga guna penutup teko)
  9. Masukkan campuran ubi kayu tadi ke dalam mangkuk sos.Isi separuh sahaja, kemudian letakkan inti gula nisan di bahagian tengah.Kemudian letak campuran ubi hingga penuh bekas.
  10. Tutup/balut dengan tuala.Sebelum itu jangan lupa basahkan tuala bersih dan perah.Telangkupkan adunan ke dalam pengukus dan tutup dengan kain.Refer video di youtube malina lina pg
  11. Kukus selama 25min hingga masak.Guna api sederhana sahaja.
  12. Campurkan kelapa parut dengan sedikit garam dan kukus sebentar.
  13. Putu halba ubi kayu sedia dihidang bersama kelapa parut.Selamat mencuba.
  14. Untuk menonton video tutorial sila klik butang PLAY paparan berikut

  • Share:

You Might Also Like

0 comments