Tuesday, December 21, 2021

Resepi Tom Yam Ayam Ala Thai Simple Dan Sedap

 Assalamualaikum...

Hari ini saya kongsi satu resepi lauk harian ringkas iaitu tom yam ayam yang simple.Resepi tomyam ekspress campak-campak jer semua tunggu ayam empuk dah siap.Tambah jer telur dadar, siaplah hidangan serba ringkas.Kalau kat rumah saya, tomyam ni memang mendapat sambutan tak kiralah tomyam campur ke tomyam ayam ke dan yang peliknya budak sarah tu boleh pulak hirup kuah walaupun pedas2 siket.Selalunya kalau pedas siket terus kena rijek hahahaa..

resepi tom yam ayam simple, tomyam ayam sedap, cara buat tom yam ala thai, resepi ayam sedap, lauk harian mudah, resepi tom yam ayam malina lina pg,
Simple jer, saya terus masukkan sedikit sayuran.Jadilah 2in1.Lauk dan sayur hehe

Tom Yam Ayam Ala Thai
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
8 ketul ayam
8 cawan air
3 sb pes tomyam
1 sb pes cili
2 batang serai
3 hiris lengkuas
3 hiris halia
3 helai daun limau purut
1 biji tomato
2 labu bawang holland
1 sb sos ikan
Cendawan tiram
karot, bunga kobis, cili padi dan daun ketumbar
garam dan perasa (jika perlu)
jus limau nipis (jika perlu)

Cara-Cara
  1. Sediakan periuk saiz sederhana, masukkan ayam.
  2. Masukkan air (untuk kuah), pes tom yam, pes cili, serai, akar ketumbar, halia, lengkuas, sos ikan dan daun limau purut 
  3. Note: dalam video linapg masuk lambat siket daun limau purut sebab terlupa nak masukkan bersama bahan lain)
  4. Biarkan mendidih terlebih dahulu.Kemudian masukkan daun ketumbar (masukkan bahagian keras)
  5. Setelah ayam empuk, masukkan karot, bunga kobis dan cendawan tiram.Biarkan sekejap hingga sayuran lembut sedikit.
  6. Seimbangkan rasa tambah sedikit cukuprasa dan jus limau nipis.Masukkan buah tomato, bawang holland dan cili padi.Akhir sekali masukkan daun ketumbar, tutup api.Siap

2 comments:

Syaz Rahim said... Balas

Nampak pun dah tahu sedap rasanya

A m m i said... Balas

Sedap ni tambah telur dadar seklai

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...