Assalamualaikum..
Hari ni dah masuk hari ke 10 umat Islam berpuasa.N3 masak2 kat TMK masih xde huhu..sori sangat sebab bulan puasa ni masak serba ringkas jer berbuka ala kadar.Maybe cuaca panas sangat anak2 minum air byk dan kurang berselera untuk makan..Jadinya juada kami xde la yg spesel.Cuma masakan harian saja.Ada jugak saya snap gambar tp jd kelabu asap jer sbb dah petang sangat kurang pencahayaan.So malas la nak tayang.Kepada reader yg ternanti n3 terbaru tu sori la sangat..
Okey back to track.Tempahan mggu ni tp terlupa nk wat posting.Kek Buah dan kek minyak kali ni ke Gambang.Pada mulanya beliau ingin menempah untuk raya,tp tempahan raya dah penuh.So dah teringin sangat dia minta awal sedikit.Lagipun kek buah mmg tahan lama.InsyaaAllah sempat buat raya tu (itupun kalau peram la...kalau makan kompom abes heheee)
Assalamualaikum...
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua umat Islam.Hari ni dah masuk hari kedua kita berpuasa.Alhamdulillah cuaca pun tidak terlalu panas sehari dua ni..tp tuan rumah sakit2 tekak pulak..agak mencabar jugak la time2 posa ni kalau perit tekak kan?
Okey la hari ni saya nak kongsikan satu resepi ayam iaitu Ayam Kicap Berempah.Anak2 saya suka makan ayam..kalau ada kicap2 ni lagi depa suka.Harap dapat bg sedikit idea untuk kawan2 memasak juadah buka puasa ptg nnt..Jom kite semak
Hitam pun xpe la janji dapat penuhi selera anak2
RESEPI AYAM KICAP BEREMPAH
By : Malina LiNa Pg
Bahan Perap
1/2 ekor ayam (potong kecil2)
Garam dan kunyit
2 sudu kecil serbuk kari
Bahan Lain
4 ulas bawang merah (tumbuk)
1 ulas bawang putih (tumbuk)
1/2 cm halia (tumbuk)
1 sudu besar serbuk kari (bancuh dgn sedikit air-jadikan pes)
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1/2 labu bawang besar (potong bulat)
Cili merah (hiris)
2 tangkai daun kari
Minyak
Cara-Cara
Ayam dicuci bersih, perasakan dengan garam kunyit dan gaulkan dengan serbuk kari.Goreng ayam hingga masak.Ketepikan
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan tumbuk/kisar hingga garing.Masukkan daun kari dan juga serbuk kari tumis sekejap hingga pecah minyak.
Masukkan kicap dan sos.Kacau sekejap (kalau nk berkuah boleh letak sedikit air)
Masukkan ayam gaul mesra dengan rempah tumisan.Masukkan hirisan bawang dan cili merah.
Sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa (jika perlu)
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran dengan menu masakan.Sepanjang cuti sekolah asyik tayang kek order jer bukan xmasak tp xsempat nak snap gambar.Asal siap masak terus hidang sbb anak2 dah kelaparan.Hari ni seisi persekolahan dah bermula ada lah sedikit ruang untuk update blog.Resepi pun main taram jer.Anak2 kata sedap macam kat Siam Express hahaa...wah..wah..kuat tul bodek.Cuma kata depa daun tu xsama..Pandai lak komen..Ya lah nak tadak Basil leave..mama gantikan ngan daun colgate ajer tuh kikiii..Jadilah ada gak unsur hijau di situ.
Gambar ni saya snap time panas,bila sejuk siket kuah makin pekat.Nampak x daun pudina tu dah lebam kena kuah panas berasap.
1 pokok daun ketumbar-ambil akar sekali cuci bersih2 (blend) tinggal sedikit untuk hiasan
1 sudu kecil serbuk ketumbar (blend)
1/2 sudu kecil jintan manis (blend)
sedikit daun pudina (blend)
3 biji cili hijau (blend)
5 biji cili padi (blend) Nak pedas boleh tambah
1 cawan santan pekat
1 biji tomato (belah empat)
1 biji limau nipis (Ambil jus)
2 asam keping
2 helai daun limau purut (Siat-siat)
Air
Garam, gula/perasa
Minyak
Cara-Cara
Panaskan sedikit minyak,tumis bahan2 kisar hingga garing dan terbit minyak.Masukkan ayam dan asam keping gaul dengan bahan tumisan hingga ayam kecut.
Masukkan air (Sama paras dengan ayam), garam dan gula/perasa.Biarkan mendidih dan ayam agak empuk.
Masukkan santan pekat, daun limau purut.Renehkan hingga ayam betul2 masak dan kuah pekat.
Bila ayam dah empuk,sesuaikan rasa.Tambah garam dan gula/perasa dan jus limau nipis.Masukkan hirisan tomato dan taburkan daun ketumbar.Tutup api.Sedia dihidang.
Alhamdulillah...
Rezeki tempahan kek.Kali ni 2 biji kek my signature cake iaitu Kek Karamel Coklat Moist dan juga Kek Buah Kukus...Setelah sekian lama x buat kek karamel coklat,terasa cuak jugak la..Alhamdulillah hasilnya memuaskan hati saya..Terima kasih sudi menempah.Katanya untuk ibunya di kg.
Alhamdulillah...
Rezeki cuti sekolah ni ada jugak yg nk wat makan2.Hari ni 2 biji kek buah kukus.Sabtu lepas RVC sebijik untuk makan2..xdeco apa pun..
Okey diumumkan tempahan kek telah ditutup..saya buat yg mana sudah diconfirmkan jer..Order raya pun tutup...Sekian
Terima kasih Datin Ayu sudi menempah lagi dan lagi dari saya..