Resepi Ayam Black Pepper Berkuah Mudah dan Sedap | resepi ayam blackpepper malina lina pg

By LiNa_Pg - Saturday, December 18, 2021

 Assalamualaikum....

Semenjak dua menjak ni terasa senyap sunyi dunia maya.IG sepi, Youtube pun krik..krik...krik je.Apa lagi blog yang suam-suam kuku ni.Agaknya ramai yang pergi bercuti atau balik kampung.Memandangkan resepi yang belum update dalam blog masih ada lagi, kita teruskan sahaja supaya cepat selesai sebelum masuk tahun baru.

Okey berbalik kepada resepi kita hari ini ialah ayam masak black pepper.Kalau setiap hari masak lauk apa, kadang buntu juga tak tahu nak reka apa dah.Ayam masak black pepper ni kalau saya buat versi goreng dan tak berkuah, budak seketoi tu tak makan pulak.Si kakak dan abang dah besar, senang cerita semua pun makan, dak sarah ni lain maceim siket.Tapi bila saya buat versi berkuah dan tak goreng macam ni dan ala-ala masak kicap kegemaran dia tu, eh berselera pulak dia makan.Hurmm kalau macam ni senang keje mama, tak payah susah nak goreng bagai dulu sebelum buat masak lada hitam.Lagi cepat siap.

resepi ayam black pepper, cara buat ayam masak black pepper, ayam blackpepper, resepi ayam masak black pepper malina lina pg, resepi ayam, idea resepi ayam berkuah,
Buat berkuah dan pekat macam ni, berselera pula makan

Ayam Masak Black Pepper
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Perap)
10-12 ketul ayam
jus limau nipis
Sedikit garam
Sedikit gula merah
3 sudu besar kicap manis
3 sb sos tiram
3 sudu besar sos black pepper
1 sk kicap mee/kicap pekat 

Bahan B (tumbuk)
1 sb lada hitam (boleh tambah/kurang)
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah

Bahan C
1 sb rata tepung jagung
1/2 cawan air

Bahan D 
minyak
cili padi
cili merah
cili hijau
tomato
air (untuk kuah)

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan tumbuk hingga garing.
  2. Masukkan bahan A (ayam yang diperap) dan gaul rata.Tutup periuk sekejap untuk kecutkan ayam.
  3. Masukkan air untuk kuah (lina pg masukkan anggaran 1 +1/2 cawan air) kacau sekejap dan tutup periuk, biarkan ayam empuk.
  4. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (bahan c) reneh sekejap hingga kuah agak pekat.
  5. Seimbangkan rasa, tambah garam/perasa (jika perlu) kemudian masukkan cili padi, cili merah, tomato dan bawang holland.Kacau sekejap hingga bawang sedikit layu.
  6. Tutup api. Ayam masak black pepper sedia dihidang.
  7. Untuk video tutorial klik butang PLAY paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

2 comments