Sup Buah Pear Bersama Goji Beri Dan Kurma Merah Sedap Dan Berkhasiat

By LiNa_Pg - Wednesday, January 05, 2022

 Assalamualaikum...

Resepi pertama untuk tahun 2022, nampak macam bersemangat jer awal-awal dah ada posting hehee.Kita tengok la semangat dia boleh pergi takat mana hahaa.

Hurmm pernah makan sup buah pear tak?resepi ni saya belajar dari kawan chinese di tiktok katanya sangat bagus untuk untuk tekak, kalau korang ada batuk-batuk elok minum/makan sup ni.Bagi yang sihat walafiat pulak sup ni dapat menyejukkan badan sekarang ni kan dah start panas terik.Selain itu juga ia bagus untuk awet muda.Tapi kalau takat minum sekali dua tak de maknanya nak awet muda.Kenalah amalkan selalu dengan konsisten barulah nampak hasilnya.Bagi saya pula memang jenis yang suka cuba, tambahan pula kat rumah ni memang ada goji beri dan kurma merah, cuma beli buah pear jer la.Saya guna singo pear.Berbaloi sungguh walaupun kukus agak lama, bila dah siap en.husband suka, katanya sedap.Saya pun makan juga memang sedap.Lupa nak bagitau cara makannya ialah makan semua sekali ya termasuk buah pear tu (kulit pear jangan lak makan) sebab tu isinya kita korek sedikit sahaja untuk masukkan buah kurma dan goji berry.

sup buah pear, khasiat buah pear, khasiat goji beri, khasiat kurma merah, cara melegakan batuk, petua legakan sakit tekak,
Simple jer tapi sedap dan berkhasiat

Sup Buah Pear Sedap
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Inspired by Joshua Loh
Bahan-Bahan
1 biji buah pear singo
1/2 sudu besar goji beri
3-4 biji kurma merah
teh bunga (atau air biasa)

Cara-Cara
  1. Cuci bersih buah pear, potong sedikit bahagian atas.
  2. Korek dan keluarkan sedikit isi di bahagian tengah.Jadikan buah pear seperti mangkuk.
  3. Masukkan goji berry dan kurma merah.
  4. Tuang teh bunga.
  5. Tutup dengan bahagian atas buah pear.
  6. Kukus selama 45min.Sedia diminum/makan semasa suam ataupun sejuk (terpulang selera)

Note:
Jika menggunakan air biasa, masukkan seketul gula batu untuk tambahkan kemanisan.
Khasiat melegakan batuk,sakit tekak, menyejukkan badan dan awet muda




  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Yang sihat dan berkhasiat beginilah yang kita cari. Sedapnya Lina.

    ReplyDelete