Wednesday, May 19, 2021

Lepat Jagung Lemak Manis

 Assalamualaikum....

Hi semua tengah mood rajin update blog neh.Hari ni saya nak share resepi yang tertangguh sekian lama.Lepat Jagung ni saya buat dah lama sebelum puasa lagi.Ni sebenarnya baki jagung yang saya guna untuk Sup ABC, ada setongkol lagi bolehlah buat lepat, bak buat banyak2 tak berapa rajin nak membungkus hahaa

Okeylah lepat jagung ni kalau di Indonesia nama 'lemet' (kalau tak silap la)sebab ada follower bagitau macam tu.Kalau di Sabah pulak panggil pais jagung.Resepi pun ada macam-macam versi, ada yang campur semua sekali dan terus balut dengan daun pisang atau kulit jagung lepas tu kukus.Macam yang saya buat ni saya kacau dulu atas dapur, baru balut dan kukus sekejap supaya aroma dia bangkit.Kalau nak masukkan kelapa parut sebagai inti pun boleh juga.Cuma kalau tekak saya tak berapa suka ada kelapa parut kat tengah sebab rasa bersepah-sepah dan terasangkut kat tekak bila nak makan.Terpulang selera masing-masing.

Kalau yang tak cukup kulit jagung, boleh guna daun pisang untuk balut.Kalau tak ada daun pisang guna jer cup/bekas kecil lebih senang tapi tak de feel macam lepat...rasa macam makan puding jer.

resepi lepat jagung, lemet jagung, pasi jagung,lepat jagung mudah dan sedap, cara buat lepat jagung, lepat, kuih warisan, kuih tradisional melayu,

Lepat Jagung Mudah Dan Sedap Lembut Meliut-Liut
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
1 tongkol jagung (parut/sagat)
2 cawan santan (sederhana)
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula (boleh kurangkan/tambah)
Garam
Daun pandan

Cara
  1. Satukan semua bahan, kacau sebati supaya tak berketul kemudian masak api sederhana hingga likat.Pastikan sentiasa kacau supaya adunan tidak bergentel/berketul.
  2. Sediakan daun pisang/kulit jagung dan letakkan anggaran 2 sudu adunan tadi, balut dengan kemas.Kalau kulit jagung tak cukup, boleh guna bekas/cup/acuan kecil.
  3. Kukus selama 10min api kecil/sederhana.Setelah sejuk bolehlag dihidangkan.Selamat mencuba.

2 comments:

Siti Yang Menaip said... Balas

ni festime saya tengok kuih ni.. selalu lepat pisang.
adoii rasa nak cuba sbb suka sngt makan jagongg hehe..

jemput join GA blog saya :
https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

LiNa_Pg said... Balas

lepat ni femes belah² sabah/borneo.. kalau kat semenanjung macam kurang popular..sedap jugaklah lepat jagung ni sekali sekala tukar selera.. selain lepat pisang/lepat ubi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...