Resepi Bubur Som Som Lembut Gedik Gedik Sesuai Untuk Berbuka Puasa | Som som gula melaka lina pg

By LiNa_Pg - Sunday, April 18, 2021

 Assalamualaikum...

Kembali bersua...minta maaf sangat kelmarin tak sempat nak update blog,aduh memang tak menang tangan nak jaga media sosial lina pg ni hehee...Sekarang ni saya paling aktif di Youtube dan tiktok, IG pun ok jugaklah tapi IG agak slow..post apa pun semua krik krik jer.Macam tak ada sambutan.Paling best kat tiktok post apa pun alhamdulillah mereka sangat supportive dan baik hati.

Okeylah berbalik kepada resepi kuih hari ini iaitu bubur som som.Walaupun bukan betu betul 'tektur bubur' tapi mungkin sebab berkuah makan kena hirup-hirup kuih ni dinamakan bubur som som.Kalau di youtube som som ada pelbagai versi, ada yang seakan sama dengan lompat tikam, iaitu ada bahagian tepung (selalunya hijau) dan lapisan santan kemudian dimakan bersama gula melaka.Seakan kuih lompat tikam.Tapi resepi yang tau bubur som som gula melaka ialah seakan taufufa cuma ada bahagian putih/hijau dan gula melaka.Manakala santannya dimasak bersama.Bila makan tetap rasa lemak-lemak berkrim dam manis.Tektur kuih/bubur yang lembut,sangat fragile la nak makan kena skop/cedok menggunakan sudu...cara makan sama seperti taufufa.Kuih ni boleh dimakan masa suam-suam.Kalau nak sejukkan dalam peti ais pun boleh.Tapi saya buat ni tak simpan dalam peti ais pun,gula melaka/gula nisan pun saya curah masa suam-suam lagi.Kiranya kalau nak buat last minute sebelum berbuka pun boleh.Tak ada masalah.

resepi bubur som som,cara buat som som gula melaka, sagu som som, sagu gula melaka

Bubur som som ni saya buat versi acuan dan masuk dalam cup kecil tu...

resepi bubur som som,cara buat som som gula melaka, sagu som som, sagu gula melaka
Nampak tak?lembut sangat tau.Resepi bubur som som tak guna air kapur.jadi bagi mereka yang tak sukakan rasa kapur sesuailah buat kuih ni.Kalau lompat tikam memang kena letak air kapur

resepi bubur som som,cara buat som som gula melaka, sagu som som, sagu gula melaka
Lawa pulak bentuk bunga rose dalam cup ni hehee.Orang kata sayangggg nak makan.Hurmmm takde maknanya dengar azan jer teruss ngap hehe

Resepi Bubur Som Som
by malina lina pg 
Bahan A 
1/2 cawan tepung beras
1 sb tepung jagung
1 cawan air pandan (lina pg kisar 4helai daun pandan)
1 cawan santan pekat (lina pg guna santan kotak)
1/2 cawan air
Garam

Bahan B
2 keping gula nisan/gula melaka (~120g)
2 cawan air
2 helai daun pandan
Garam

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan A dan kacau supaya tepung tidak berketul.
  2. Buka api kecil dan teruskan mengacau hingga adunan nampak likat dan berkilat.
  3. Sediakan acuan/bekas kecil.Kalau guna acuan basahkan acuan dengan air supaya senang nak keluarkan kuih.
  4. Masukkan bubur som som ke dalam acuan/bekas (step ni kena lakukan dengan cepat kerana kuih cepat mengeras/beku.Biarkan kuih set/keras sedikit
  5. Sementara itu, jom kita buat air gula melaka.Satukan semua bahan B dan masak hingga mendidih dan gula larut.Tapiskan.
  6. Cara menghidang, keluarkan kuih dari acuan dan siram dengan gula melaka.Jika menggunakan bekas kecil,boleh tuang gula melaka terus ke dalam cup.Selamat mencuba

  • Share:

You Might Also Like

0 comments