Popcorn Roti | Olahan Roti KalauTak Habis Makan

By LiNa_Pg - Thursday, April 08, 2021

Assalamualaikum...

Hari ini agak sibuk, sampai terlupa nak update blog, bukan main berazam nak habiskan resepi resepi yang tertangguh.Begitulah kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan.
Walaupun agak lewat tapi update jugaklah sebab kalau lambat2 resepi ini tak sesuai di posting semasa bulan puasa.Kalau resepi lauk pauk yang tertangguh boleh jer selit untuk resepi bulan puasa nanti, biarlah hakikatnya resepi tu dan berbulan siar di youtube haha..
Okey berbalik kepada tajuk hari ini iaitu popcorn roti karamel.Ya Allah sedap betul ni, sebenarnya dah beberapa kali saya repeat makan sambil layan drama tv memang sedap.Lagi sedap kalau buat siket hahaa....
Kalau kat rumah ada roti yang nak expired bolehlah cuba buat popcorn roti ni...confirm licin sekelip mata sahaja.Roti ni kadang-kadang beli tak termakan, kalau tak ada anak2 sibuk nak roti pula untuk sarapan.Dari membazir /expired begitu saja eloklah kita olah menjadi kudapan yang sedap.Roti tu kalau nak bakar dalam oven/air fryer pun boleh asalkan ianya garing dan rangup.Dalam video ni saya share idea bagi mereka yang tak ada oven.Kalau kat rumah saya ni segala mak nenek pun ada air fryer, oven semua pun ada.Tapi kita kena kreatif jugaklah share idea mengikut kesesuaian orang lain jugak.
resepi popcorn roti karame, roti nak expired nak buat apa, resepi popcorn, cara buat popcorn,resepi olahan roti,karamel,
Roti yang dibakar hingga rangup, kemudian disalut dengan karamel.karamel tu rasa ala-ala butterscoth tau.Memang heaven sangat 

Resepi Popcorn roti karamel
by malina lina pg  http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
3 keping roti 
3 sudu besar gula
3 sudu besar air
3 sudu besar susu cair
1 sudu besar mentega

Cara-Cara
  1. Gunting/potong roti kepada saiz kiub kecil anggaran 1cmx1cm.
  2. Panaskan pan dan bakar roti hingga garing dan rangup.Boleh juga kalau nak bakar dalam oven.
  3. Ketepikan roti yang telah siap dibakar tadi.
  4. Menggunakan pan yang sama.Satukan gula pasir dan air, masak api kecil sahaja hingga gula menjadi perang (seperti membuat gula karamel).
  5. Masukkan mentega dan susu cair.Teruskan kacau hingga gula kamarel nampak seperi keemasan.Kalau ada yang berketul2 pastikan semua larut.
  6. Masukkan roti yang telah dibakar tadi.Gaul rata.Setelah roti bersalut rata.Tutup api.
  7. Letakkan popcorn roti ke atas dulang/bekas yang sesuai dan asingkan/pisahkan setiap popcorn.Lakukan semasa masih panas kerana setelah sejuk, popcorn akan melekat antara satu sama lain.
  8. Biarkan sebentar hingga karamel kering/mengeras.Popcorn roti sedia dinikmati.Selamat mencuba

  • Share:

You Might Also Like

4 comments