Resepi Kek Coklat Moist Simple Sedap Dan Bahan Mudah (Versi Bakar)
Assalamualaikum...
Selamat pagi salam siaran, bertemu kembali di blog Teratak Mutiara Kasih.Alahai kebizian memanjang la tuan tanah.Selalu tak sempat nak jengok dapur yang satu ini.Kalau nak idea masak boleh tengok di youtube ok.Banyak resepi yang masih belum update kat sini.
Okey hari ini saya nak kongsikan resepi kek coklat yang sangat mudah dan banyak kali ulang buat jugak ni, cuma ada adjust sesikit mengikut bahan yang ada kat rumah.Kali ini saya buat versi bakar sebab malas nak keluarkan pengukus dari atas kayangan sinun.Lagipun buat kek sebiji jer untuk besday dak sarah (bulan Julai nu lagi)ha..hari ini baru update blog hahaa..
Deco kek pun saya buat simple2 jer atas permintaan si princess dia nak kek my little pony..so mama beli beberapa ekor letak jer atas kek tu kira setel.Kek pun mama dia takde tulis apa, tak sempat nak bancuh buttercream.Tambahan kalau baking hari persekolahan agak kalut siket la.Sambil masak, bakar kek.Lepas hantar dia p skool sambung buat topping.Topping kalau guna whipping cream lagi sedap.Tapi sebab nak guna sedikit sahaja, saya cuma guna susu cair.Itupun dah sedap.Okey tanpa buang masa jom kita semak resepi.Owh..sebelum tu walaupun kesuntukan masa, sempatttt jugak rekod buat video tutorial kek coklat yang simple ni.Bolehlah anak2 buat rujukan dah besar nanti.Kalau korang nak tengok tutorial sila ke youtube LiNa Pg okey.Nanti saya letak link kat bawah...Ajom kita mula
- 1+1/4 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu cair
- 1/2 cawan gula pasir
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/2 buku butter
- 3 biji telur (LiNa Pg guna gred B)
- 1 sk esen vanila
- 1 sk baking powder
- 1 sk baking soda
- Ayam tepung bersama baking soda dan baking powder.Ketepikan sebentar.
- Satukan susu pekat manis, susu cair, gula, butter dan serbuk koko.Masak guna api kecil hingga semua bahan larut.Tak perlu mendidih.
- Masukkan ke dalam bekas yang besar, masukkan telur yang dipukul sedikit (pukul manja2 macam nak buat telur dadar jer)
- Kemudian masukkan esen vanila.
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan adun rata.Kaub bail guna hand whisk atau senduk sahaja.
- Tuang ke dalam loyang yang dialas baking paper dan oles dengan butter (Tapis adunan untuk mendapatkan tektur kek yang halus)
- Bakar selama 50min suhu 150'c (suhu bergantung kepada kapasiti oven masing2)
- Setelah kek masak, biarkan sejuk/suam sedikit sebelum dikeluarkan dari loyang.Kalau keluarkan masa kek tengah panas/baru masak berkemungkinan kek akan pecah kerana masih lembut.
- Setelah kek dikeluarkan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
- Sementara itu bolehlah disediakan topping
- 200g coklat compound (LiNa Pg guna Beryl's DCC coin)
- 1/4 cawan susu cair
- 1 sb butter
- Satukan semua bahan dan masak atas api kecil secara double boil.Refer video untuk tutorial.
- Kemudian tuang ke atas kek coklat.
- Hias dengan color coklat dan My Little Pony.
- Kek Coklat Moist With Simple Deco siap..Selamat Mencuba
1 comments
wow! sedapnya kwk choc..saya peminat tegar kek choc..nampak sedap tu:)
ReplyDelete