Bandung Escapade - Tangkuban Parahu

By LiNa_Pg - Sunday, March 18, 2012

Assalamualaikum..
Apa khabar suma? Esok sessi persekolahan akan bermula setelah seminggu bercuti.Mesti ada yang mengambil kesempatan membawa anak2 bercuti kan?Kami sekeluarga sempat gaklah bawa anak2 makan angin.Cuti pendek kite terbang dekat je hehehe.Percutian ke Bandung melalui Jakarta memang best.Kalau dulu Tembok Besar China telah berjaya kami tawan, kali ni Gunung Berapi Tangkuban Parahu dan Kawah Domas pula kami jelajahi.kami sekeluarga ni agak advanture dan memang suka aktiviti lasak sambil menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi.Terasa terlalu kerdil diri ini melihat sumanya di depan mata sendiri.
N3 Jakarta-Bandung ni tidak mengikut hari ya.Picas main hentam jerr.Ekceli ni aktiviti hari kedua.
Sebelum tu saya nak stori sket tentang sejarah/lagenda Tangkuban Parahu ni.Seingat saya masa kecil ada filem pasal Tangkuban Parahu ni, kalau tak silap heroin filem ni Merissa Haque (betul ke spelling nama dia).Tangkuban Parahu bermaksud Perahu terbalik.Kalau dari jauh gunung berapi ni membentuk perahu yang terbalik.Kami sempat snap picas semasa on da way ke airport Jakarta.Tapi picas tu masih dalam camera.Mengikut sejarah dahulu ada seorang puteri yang sangat jelita  dan manja bernama Puteri Dayang Sumbi.Ketika baginda menenun kain, benang pintalannya telah terjatuh berulang kali, baginda terlalu geram kerana terpaksa turun dan mengambil benang tersebut.Setelah benangnya terjatuh untuk kesekian kalinya, puteri itu telah bersumpah barang siapa yang mengambil benang dan membawa kepadanya, dia akan berkahwin dengan pemuda tersebut.Tak semena2 datang seekor anjing (bernama Sumang) membawa benang pintalan kepadanya.Dayang Sumbi terpaksa mengotakan janjinya dan berkahwin dengan Sumang tersebut.Anjing tersebut merupakan anjing sumpahan.Jika ada perempuan yang sudi berkahwin dengan anjing tersebut, dia akan mejelma menjadi manusia tetapi akan bertukar ke bentuk asal sekiranya mereka mempunyai anak.Mereka akhirnya hidup bahagia.
Mereka dikurniakan seorang putera yang segak diberi nama Sangkuriang.Pada hari kelahiran Sangkuriang, Sumang telah berubah ke bentuk asalnya iaitu seekor anjing.Sumang amat setia menemani Sangkuriang ke mana sahaja.
Pada suatu hari Sangkuriang keluar memburu bersama Sumang, secara tidak sengaja sangkuriang telah terpanah Sumang lalu mati.Sangkuriang pulang ke rumah seorang diri dan menceritakan kepada ibunya bahawa Suamng telah mati, lalu ibunya (Dayang Sumbi) sangat murka dan membaling pinggan tepat ke dahi Sangkuriang dan meninggalkan kesan di dahi anaknya.Akibat tekanan dayang Sumbi tidak sedarkan diri, sementara itu Sangkuriang telah merajuk dan membawa diri.
Pada malamnya Dayang Sumbi mendapat mimpi dari suaminya supaya memakan pucuk2 kayu mana rasa yang tumbuh subur di persekitaran puncak gunung supaya Dayang Sumbi tetap jelita dan awet muda sentiasa.
Setelah beberapa tahun kemudian, Sangkuriang telah kembali ke kampung halamannya, lalu dia terpandang wanita yang sangat jelita iaitu ibunya sendiri.Sangkuriang telah jatuh cinta dan ingin mengahwini wanita tersebut.Dayang Sumbi merasakan pemuda tersebut ialah anaknya dengan melihat tanda parut di dahi Sangkuriang lalu menbuat helah supaya Sangkuriang terpaksa menyediakan sebuah tasik dan sebuah perahu dalam tempoh satu malam.Sekiranya gagal menyiapkan tasik dan perahu setelah kokokan ayam yang pertama, maka perkahwinan terpaksa dibatalkan.
Sangkuriang memiliki kiasa sakti dan meminta bantuan jin untuk meyiapkan semua permintaan wanita kesayangannya.dayang Sumbi pula memohon pertolongan dewa supaya kokokan ayam dipercepatkan.
Kokokan ayam mula kedengaran jam 2 pagi, Sangkuriang merasa dirinya ditipu lalu menjadi amat marah.Beliau telah menentang perahu tersebut hingga ke puncak gunung.Sangkuriang telah disumpah oleh ibinya.Lalu mereka berdua telah tenggelam ke dalam tasik.The End
Panjang lebar stori pasal lagenda ni kan? amacam best tak citer ni hehehe.Meh la layan Dayang Sumbang yang tak jelita kat bawah ni pulak wakaka.Ops lupa lak tiket masuk IDR50,000/person. Kete IDR15,000.Termasuk insuran sekali
 sapa2 pernah mai sini, mesti amek gambo kat sini kan..cam tempat wajib gitew..
 
 sejuk giler kat sini..angin punya kuat..macam terbang jer badan ni..ala2 angin topan tuh
 
 dok kat puncak sat saja..xtahan angin kuat sangat.Kami bergerak menuju ke Kawah Domas dengan ditemani oleh Guide/ranjer yang bertauliah.Bayaran yang dikenakan IDR300,000 utk sejam.
 Inilah dia pokok mana rasa/manarasa dipercayai boleh mengekalkan awet muda.
 
 makan yang kaler merah je taw..rasa dia masam2 kelat gitew.kalau bleh tanam kat umah..mmg wajah awet muda sentiasa...Kalau macam ni bungkus lah Safi Rania Gold kih3
 anggota delegasi...
 baru suku perjalanan ada lak org jual menda ni..ni batang pokok original taw..bukan lukis2 bagai.Nama pokok ni Batik Kukup (kalau xsilap la) pokok ni hanya dijumopai 20km dari kwsn pergunungan ni
 
 serpihan kayu ni boleh menghalau semut, lipas, cicak dsbgnya..
 
 Perjalanan kite masih jauh lagi.Jom teruskan perjalanan
 
 cantik kan? macam lukisan...bleh shooting filem Narnia III ni.
 
 separuh perjalanan ada lak yang meniaga air mineral, batu gunung gunung berapi, limpur utk spa
 rehat sat...dan menggigil kepala lutut ni..tapi seronok sangat menjamu mata..
 alamak..apa dah jadi ni..my laling tersepit kat celah pokok lak...eksen je tu..Pokok ni walaupun dah berlubang tapi masih hidup...
 yang putih tu lah Kawah Domas..nmpk x ada dot dot itam kat kawah tu?agak2 apa bendanya?
 meh close up sket..Oo..orang ramai yang dok berendam dalam air panas rupanya..sayup mata memandang
 unik betul perdu pokok ni..nmpk tak ada dua binatang kat sini..kepala monyet dan ular..
 
 Dah sampai ke Kawah Domas. Domas tu Domba Mas (kambing berwarna emas)
 tau tak apa menda ni? inilah alat yang ditanam untuk mengukur gegaran atau sebarang pergerakan bumi.Skala ritcher.
 Ingatkan dah sampai..rupanya kena jalan lagi sekt..tak sabar dah ni nak berkubang

 Yes..berjaya menjejakkan kaki di Kowah Domas
 sebelah sini tadak orang berkubang sebab cuma ada batu je..sekali tengok cam Gurun di Perth Australia dalam citer Atas nama Cinta tu hehehe
 sangat panas okeyyy..jangan sesekali nak main2 ngan air ni..nampak tu tengah menggelegak
 asap berkepul2..bleh rebus telut kat sini.rasa telur rebus dia lebih sedap dari yang dimasak kat umah..
 mama sibuk berkubang lupa dah nak snap gambo telur bagai...abah ngan tunggu massage lumpur kering.

Setelah selesai berkubang, kami sempat gak beli buah stoberi..hajat hati nak singgah gak kat ladang teh dan juga stoberi farm.Tengok kat pintu kuar tu ada org jual buah stoberi.Beli je la sbb ramai yg kata manis buah stoberi kat sini.Murah pulak tu 3paket cuma IDR50K. Memang tidak syak lagi..sangat manis okey.Sesapa yang datang ke sini haruss beli ya..

Tengok jam dah kol 3pm..perut terasa sangat lapar.Alas perut dulu ngan stoberi ni, sementara nak sampai ke kampung daun utk mencari makan.On da way sempat gak singgah makan buah durian...sedap jugak.tapi durian kat negara kite jauh lebih sedap...
 beli sebijik jerr cuma nak rasa jerr
 baby kusyuk tengok achik dok makan durian.Terliuq kot....Next n3 Kampung Daun lak...

  • Share:

You Might Also Like

17 comments

  1. assalam lina..jauh lina becuti..seronok kan dapat tengok tempat orang ..dan peninggalan sejarahnya

    ReplyDelete
  2. Baru tahu ada lagenda yang menarik di sebaliknya.... tahun lepas sampai ke Tangkuban Prahu tapi tak terfikir pula ada kisah di balik tabirnya.

    ReplyDelete
  3. berkerut2 dahi bby tgk achik mkn..hehe

    ReplyDelete
  4. acik erna> seronok tengok tempat org, tambah lak tempat ni mmg sangat menarik dan cantik view dia

    ReplyDelete
  5. amie> Best Lagenda tangkuban ni ada sejarah tersendiri

    ReplyDelete
  6. alla> baby terliuq tuuu sbb dia xleh makan..tengok jerr

    ReplyDelete
  7. Bilalah agaknya nk smpai ke sana yerk?.tgk percutian lina mcm best..selalu ct2 hanya dlm msia je..

    ReplyDelete
  8. myda> Memang best Myda..ada masa dan kesempatan pi la jenjalan kat sana..
    cuaca pun sejuk dan nyaman

    ReplyDelete
  9. Assalam , oh ada cerita disebalik tabir rupanya takubang parahu tu, rasa mcm pernah tgk cerita marissa haque tu.

    Cantik n suka sangat bila dpt tgk picas2 menarik tu, dpt tgk picas pun jadi lah, nak kesana tu mcm tak sampai je,

    berapa RM durian kat sana tu sebiji.

    ReplyDelete
  10. As salam,
    beshnye jln2 kat sana... Pokok manarasa tu mcm pkk yg tumbuh atas puncak gunung Mat Chincang je. Blh mkn la pucuknya nanti..hehe.. Batik kukup sgt cantik. Beli tak seketoi utk kenangan?

    ReplyDelete
  11. kak rosa> wslm...mmg menarik lagenda Tangkuban ni..view sgt cntik..kalau ada rezeki nnt kite pakat mai ramai2 mesti best kan?
    Buah duyan tu IDR50K gitew..en.rock yg belanja hehehe

    ReplyDelete
  12. Adry> wslm..best sagt..
    Owh ye ke?ada kat puncak gunung mat cincang..pokok ni jenis rendah dan tumbuh subur di puncak gunung jerr.
    Cer try makan..kalau rasa masam2 kelat..bleh amek wat ulam la..sedap tu cicah ngan sambal belacan..awet muda lak tu..

    Batik kukup beli gak seketoi wat kenangan..ngan kulit kayunya sekali amek utk halau semut hehehe

    ReplyDelete
  13. Salam Lina..
    Wah mmg best kan pergi ke Tangkuban Perahu... tmpt wajib bergmbr!!! hehehe mama pegi kalau tak silap 2 thn lps... turun kebwh jgk... best!!! sejuk jer!!!

    Thnks yer kongsi resipi nasi jus oren, gulai kawah n blm N3 lagi kerabu epal..gandingan yg paling enak!!! Sekali lagi tq :)

    ReplyDelete
  14. Mama Hawa/Mama Nani>
    Wslm, mmg best kan..rasa seronok sgt dpt jejak kaki kat situ..advanture tul turun ke kawah tu..

    Welcome mama..
    kerabu epal tu mmg sesuai gantikan acar timun.Sedap sgt mkn ngan nasi myk & gulai kawah

    ReplyDelete
  15. br leh nk komen..jelesnya org leh p jenjalan..hihi,,comel2 gambo..rs mcm org tgk ni ade gk dlm picas tu..hihi

    ReplyDelete
  16. Salam Lina.... Bestnya dapat jln2 tengok negara orang. Saya pun dah pernah sampai kat Tangkuban Perahu.Tapi dah lama ,dah hampir 15 tahun dulu. Rasanya pekan Bandung pun dah banyak perubahan.

    ReplyDelete
  17. saya baru nk ke sana, so tgh servey2 tempat yg best kt sne.
    first time nk travel bwk anak2 + mak n adik sekali. hehehehe....

    ReplyDelete