Cara Mudah Bersihkan Kulit Lembu | Cara Bersihkan Kulit Sapi
Assalamualaikum...
Raya Haji tahun ni saya dapat pengalaman baru iaitu membersihkan kulit lembu.Selama ini tengok at fb kawan menayang sakan hasil masakan exotic kulit lembu.Seumur hidup memang tak pernah tahu kulit lembu boleh diproses dan dijadikan makanan ada jugak yang menjadikan hasil industri kecil iaitu keropok Jangek.Hebat kan?Bukan setakat daging, tulang, organ dalaman, kaki pun semua orang makan.Rupanya lagi rare kulit yang nipis tu pun boleh dijadikan satu hidangan yang sangat sedap.
Masa hari raya pertama tu saya ikut suami ke tempat penyembelihan lembu korban.Saya pergi masa tengah lapah jer, masa sembelih tu ada tamu kat umah MIL, sebenarnya pergi tu nak hantar besen/bekas untuk daging bahagian korban jer.Ingat nak balik terus.Tapi terlepak pulak kat situ sebab ramai sedara mara.
Bila dah siap lapah dan dibahagi-bahagikan, saya tengok kulit/belulang terbiar macam tu jer.So, saya minta siket la dalam 2 tapak tangan untuk saja cuba2 nak proses.Tukang sembelih dah potong dan bahagikan saiz yang saya minta tu.Bila nak balik dia mai bagi pulak saiz yang lebih besar.Hades camana ni saya bukan pandai nak buat pun.Puas menolak, tapi dipaksanya jugak.Takpelah saya pun ambil dan bawa pulang bahagian yang dibagi tu.
Sampai umah MIL, saiz yang 2 tapak tangan tu saya proses dengan SIL, walaupun kami dua2 belum berpengalaman untuk membersihkan kulit lembu, tapi cuba sahajalah...Jenuh jugak la nak siapkan walaupun saiz kecil jer.Untuk yang di kampung tu kami buat masak lemak cili padi style nismilan.SIL yang masak MIL dia orang nismilan hehe..Untuk Jangek MLCP ni saya ada post kat IG/FB saja simpan kenangan.Untuk pertama kali tu ada kesilapan teknikan, maklumlah baru belajar2.Teknik dah betul cuma kami rebus sekejap sahaja, hasilnya kulit lembu masih liat2 dan kenyal2 masa dihidang.Baki kulit lembu tu saya bawa pulang ke Penang.
Jenuh juga mengumpul kekuatan untuk proses tu.Sepagian sepetangan jugak la nak siapkan cuci bulu2 kulit lembu tu.Sampai hari tu anak2 makan nasi lauk hayam goreng + telur dadar jer hahaa..Sebab mama dia konsentrat dengan kulit lembu.Gigih kan? hahaaa....
Mula-mula hajat hati nak rekod sebab nak share kat youtube, sebab proses agak lama, dan tangan pun dah kotor.Terpaksa kansel untuk rekod.
Saya cuba eksperimen 2 methode untuk cuci Kulit lembu ni:
- Bakar/salai terlebih dahulu hingga hangus (bahagia kulit) kemudian kikis hingga bersih.
- Celur dalam air panas, kemudian kikis kulit lembu.Kemudian layur atas api supaya baki kulit lembu yang tersisa akan bersih.
5 comments
Bagi peminat sambal taun memang suka.. tgk org mkn mcm sedap sangat...ada juga yg mkn dgn nasi impit
ReplyDeleteHarga kulit lembu yang dah siap proses pun dah mahal sekarang.
ReplyDeleteKulit lembu buat kerabu mmg sedap....
ReplyDeleteMintak resepi sambal tahun
ReplyDeleteMenu wajib tiap kali raya ...
ReplyDelete