Resepi Sarapan Ringkas Egg Benedict Dan Tomato Salad

By LiNa_Pg - Monday, February 24, 2014

Assalamualaikum..
Apa khabar semua?Hari ni saya nak kongsikan resepi sarapan yang cukup ringkas tapi mengenyangkan.Dah banyak kali sangat ulang siar, tapi tetap nak tepek gambar gak hahaaa..resepi egg benedict tu memang sama jer, langsung tak mendurhaka.Cuma kali ni saya gandingkan dengan tomato salad.Lagi mabeles rasanya.Sebelum saya kawenkan mereka berdua bersama tomato salsa yang tak kurang hebat rasanya.Kali ni saya berjaya memikat selera anak2 untuk makan salad tu hahaaaa.Sebelum kalau tomato salsa..takmo..masam katanya..Macam2 betul karenah anak2 ni.Bila sebut anak2 (dua jer kan?)maknanya yg paling kecik dan sangat cerewet tu langsung tak makan la...hanya koktel jer yg dia ambil...aduyai maisarah...

Hampir setahun lebih tak makan egg benedict ni gara2 oben kecil saya rosak.Malas rasanya nk guna oben besar semata2 untuk baked 4 ketoi roti ni huhuuu..Sekarang sudah ada pengganti, bolehlah buat selalu..bekfas express ni.
Simple, lazat dan berkhasiat
saya suka makan yg versi camni...salad masuk dalam roti..nyumm..
1 plate macam ni pun kenyang sampai tengahari.
 Pas kuar oben...panas..panas...beri laluan...

RESEPI EGG BENEDICT
Sumber : LiNa Pg

Bahan-bahan
  • 4 biji telur
  • 4 keping roti putih - dibuang tepinya
  • lada hitam - freshly cracked 
  • sedikit lada sulah (linapg tambah rcp asal xde)
  • Sedikit butter atau majerin
  • Garam 
  • sedikit oregano
Cara-cara
  1. Butterkan bekas muffin atau bekas membakar kecil yg digunakan.LiNa Pg guna remekin
  2. Letakkan sekeping roti didalam bekas muffin. Butterkan roti, taburkan sedikit lada hitam dan garam.
  3. Pecahkan sebiji telur ke atas roti. Tabur lagi sedikit lada hitam,lada sulah, oregano. Boleh juga ditaburkan sedikit cheese kalau mahu (optional)
  4. Bakar pada suhu 180 C selama 15-20min atau hingga telur putih just set & telur kuning cair sedikit (LiNa Pg bakar selamat 15min - suhu 150'C)
RESEPI TOMATO SALAD.
By : LiNa Pg

Bahan-bahan
  • 4 biji tomato ceri - potong dadu
  • 1 ulas bawang merah - hiris nipis
  • 1/2 biji capsicum (LiNa Pg gn cili hijau jer) hiris nipis
  • Daun ketumbar - cincang
  • Jus lemon/limau nipis/limau kasturi (LiNa Pg guna 2 biji limau kasturi)
  • Garam
  • Black pepper
  • Oregano - optional
  • 1 sb sos salad/mayonis
Cara-cara 
Campurkan semua bahan. Sesuaikan rasa.Hidangkan bersama Egg Benedict. 

  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. salam kak lina..

    simple dan nampak sedap menu breakfast tu..selain mengenyangkan..menu tu juga baik untuk kesihatan..^_^

    ReplyDelete
  2. Salam Kak.

    Acuan untuk buat egg benedict ru beli di mana? Dah lama mencari. :)

    ReplyDelete
  3. kita pun suka sarapan mcm ni...

    p/s: kita dah cuba dah resepi kek myk tu... t.kasih ye kongsi resepi..

    ReplyDelete
  4. @Bbwana adienia
    wslm wana, akak suka la kalau bf yg ringkas camni hihiii

    ReplyDelete
  5. @Ryana Haz
    wslm, akak beli kat Daiso (kedai barangan daro Jepun) dah lama beli ni.Tp skrg remekin ni ada jual kat kedai bakery dah

    ReplyDelete
  6. @MaDiHaA a.k.a Ratna
    BF camni ringks dan mengenyangkan...menu sihat jugak hihii..

    owh dah cube kek minyak tu...simple dan sedap kan?nanti kite terjah

    ReplyDelete