Monday, October 11, 2010

Daging Masak Hitam TMK

Salam . . .
Daging masak hitam@itam ni menu basi sebenornya. Ni geng ngan nasi beriani yang memang dah licin tuh...Resepi ni menjadi kegemaran kami..Kalau kat utara daging masak itam neh mmg femes..dan ada macam2 versi. Selalunya daging ni saya prepare malam, untuk masak esok..daging kalau perap semalaman lagi sedap . . .Daging ni kaler cam coklat gitew..sebenornya mmg itam dh..tp mayb silap setting kot ms snap pic, jadilah cenggini..Gambo asal bleh tgk kat SINI.
 Bahan Perap :
  • 1 kilo daging pejal ( potong selebar 2 jari )
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 1 paket rempah kurma @ serbuk sup ( saya guna serbuk sup adabi )
  • 1 paket kari daging
  • 1 paket kerisik ( 40g )
*** Satukan semua bahan perap kemudian perap semalaman***

Bahan-bahan:
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • Rempah 4 beradik
  • 2-3 helai daun pandan ( simpul )
  • 3-4 sudu makan cili boh ( boleh tambah/kurang )
  • 2-3 sudu makan tomato puri ( boleh tambah/kurang )
  • kicap pekat ( saya guna mahsuri )
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Minyak 
  • Air
Cara-Cara:
  1. Tumis rempah 4 beradik bersama bawang hingga bawang garing
  2. Masukkan cili boh, tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri.
  3. Masukkan daging, kacau sebati.Masukkan daun pandan
  4. Masak hingga daging empuk ( masukkan air jika perlu )
  5. Bila daging empuk, masukkan kicap dan sos tiram. Sesuaikan rasa.
  6. Dah siap

4 comments:

dayang_jack said... Balas

salam yang....

waduhh!..patutlah bau harum rempah tu sampai ke dapur kte nun...rupe2nya ade org tgh menumis...sedapnyaaaaa!!...nak buat gaklah...kbtln smlm DJ sempat beli daging wlpn x byk..yalah, utk mkn sorang jer...anak2 x suke sgt. Hubby lak xleh mkn daging dah buat masa ni...hehe. Thanks 4 sharing. malam ni gak nk buat perap dulu.

Adry@Daun said... Balas

Salam lina,
Namanya daging masak hitam tp kalernya tak hitam pn. Nmpk kaler coklat perang je tu..
Nk nmpk kaler hitam kna set kamera ke black n white mode..hehe..

P/s : Menu yg ni mmg sdp rasanya.

lina_pg said... Balas

DJ> salam...DJ masak apa pun memang kompom sedap...anak2 xsuka dgg ek?meh la kite mkn togeder2..

lina_pg said... Balas

adry> salam..hehehe kna tuko nama la..dgg msk perang2 hik...kat langkawi pun ada kan menu ni..nnt soh mahsuri wat hik3..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...